Pemimpin pilihan sendiri
Thuraiya Abdul AzizPublished: Jan 31, 2001 9:34 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Kita harus dapat membezakan di antara soal menghormati orang tua dengan disiplin yang berkaitan dengan soal pentadbiran negara atau politik.
Di dalam disiplin keluarga, seorang lelaki memilih sendiri untuk menjadi seorang suami atau seorang bapa. Dia membuat keputusan sendiri untuk membolehkan benihnya turun kepada anak-anaknya. Siapalah anak itu jikalau bukan kerana keputusan ayahnya sendiri. Tanpa merujuk kepada peraturan agamapun, maka adalah logik melihat anak sepatutnya menunjukkan hormat dan taat setia kepada ayahnya.
Adakah sesiapa lelaki di Malaysia ini yang perlu dipilih untuk menjadi seorang bapa, kecuali kalau adalah parti politik yang membuat peraturan seperti itu?
Pada zaman dahulu memang terdapat manusia yang bukan sahaja memilih dirinya sebagai pemimpin negara, juga menurunkannya kepada anak-anak dan suku-sakatnya. Di ketika itu tahap rakyat kadang-kadang hampir rendah seperti hamba. Makan dan minum serta diberi perlindungan oleh raja selama beberapa keturunan. Maka pada zaman itu konsep taat setia di antara raja dan rakyatnya melebihi dari taat setia di antara anak dan ayah. Tapi zaman itu telah berlalu.
Pada zaman moden tidak ada lagi manusia yang memilih sendiri dirinya untuk menjadi pemimpin. Kalau ada manusia seperti itu, apakah gelaran yang paling sesuai digunakan selain daripada diktator?
Di dalam sistem demokarasi, rakyat yang membuat keputusan siapa yang layak menjadi pemimpin mereka. Siapakah pemimpin itu jikalau bukan kerana keputusan rakyat? Secara logiknya, konsep taat setia ialah pemimpin kepada rakyat yang memilihnya. Maka tidak wujud rakyat yang menderhaka kepada pemimpinnya.
Jelasnya di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, yang lebih kerapnya ialah pemimpin yang dipilih menjadi seperti kacang lupakan kulit. Maka memang tepat jika dikatakan pemimpin seperti ini umpama biawak hidup seperti yang mula-mula timbul dalam tulisan Hishamuddin Rais ([#1]Umno pikul 'biawak hidup'[/#], 15 Jan).
Demokrasi yang diusahakan oleh pemimpin awal sedang diheret ke belakang oleh orang yang diberi kepercayaan rakyat sekarang. Jika rakyat tidak menyedari tentang hakikat ini, maka wujudlah pemimpin yang mahu memilih dirinya sendiri sebagai ketua sepanjang hayat.

View Comments0