Kerja roboh kuil cetuskan ketegangan
Bede HongDiterbitkan: Oct 30, 2007 2:27 PM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Ketegangan tercetus antara penduduk dan pihak berkuasa yang menjalankan kerja-kerja meroboh sebuah kuil Hindu dekat Shah Alam hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang tercedera dan lapan lagi ditahan.

Beratus-ratus anggota polis dan pihak berkuasa tempatan bergelut dengan penduduk yang mahu menghalang kerja-kerja merobohkan sebuah kuil yang berusia lebih 100 tahun di Padang Jawa.
Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mendakwa Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan kuil Sri Maha Mariaman tanpa arahan mahkamah yang sah.
Dalam satu kenyataan hari ini Hindraf berkata sekurang-kurang 300 anggota polis dan pekerja MBSA telah menutup kawasan kuil tersebut pagi ini.
Ia mendakwa, pekerja tersebut mula membaling batu dan memukul penganut di situ dengan kayu dan cota apabila mereka cuba menghalang kerja-kerja meroboh kuil tersebut dijalankan.
Seorang peguam, T Ganaraw, yang turut berada di tempat kejadian berkata, kerja merobohkan kuil tersebut bermula awal pagi tetapi dihentikan sementara kerana dikatakan untuk membenarkan penduduk memindahkan patung dewa di situ.
Kerja-kerja merobohkan kuil tersebut disambung semula pada kira-kira jam 2 petang. Keadaan menjadi semakin tegang pada kira-kira jam 4 petang, membabitkan 400 penduduk.
Samy Vellu datang
Menurut Ganaraw lagi wakil dari DAP dan MIC turut hadir, termasuk ahli majlis perbandaran Klang, Alex Thiagarajan, yang cuba berusaha untuk berunding dengan pihak polis.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu turut datang pada kira-kira jam 5 petang apabila keadaan menjadi semakin tegang.
Ketika dihubungi hari ini, peguam DAP, A Sivanesan berkata, sekurang-kurang lapan orang penduduk ditangkap dan ditahan di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.
Menurutnya, Samy Vellu cuba menenangkan para penduduk dengan memberitahu mereka yang beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Bahawi dan Menteri Besar Selangor, Datuk Khir Toyo berhubung perkara tersebut.
"Bagaimanapun, Samy Vellu memberitahu saya bahawa Mohd Khir langsung tidak memberi bekerjasama," kata Sivanesan.
Pengerusi kuil tersebut adalah K Sivalingam, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok. Tempatnya telah digantikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Kamala Kamala Ganatathy.
Surau turut dirobohkan
"Bila kami menyemak dengan pihak berkuasa, notis untuk merobohkan kuil tersebut bertarikh November 2005. Tetapi notis tersebut hanya untuk merobohkan rumah-rumah di sana," kata Sivanesan.
Sementara itu, Bernama melaporkan Samy Vellu berkata MBSA meroboh kuil, surau dan beberapa rumah di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam hari ini adalah atas arahan mahkamah.
Katanya, beliau telahpun bercakap dengan Menteri Besar Selangor mengenai perkara itu dan dimaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa kerana tanah itu milik kerajaan Persekutuan dan mahkamah telahpun memerintahkan agar mereka yang mendudukinya mengosongkan kawasan tersebut.
Malah kerajaan turut bersedia menawarkan rumah kepada mereka yang terlibat tetapi ada yang berkeras dan tidak mahu berpindah ke tempat lain, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) di Kuala Lumpur hari ini.
Samy Vellu berkata MBSA bukan sahaja merobohkan kuil di situ tetapi juga surau berikutan arahan mahkamah.
Bagaimanapun, katanya, pihak tertentu cuba menimbulkan ketegangan dengan menggunakan isu itu di kalangan kaum India yang terbabit. Berita asal