Sebelum Umno hancur
Melayu Jati @ Umno TulinPublished: Jan 4, 2001 8:50 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Saya orang Melayu, ahli Umno yang aktif dan sentiasa menyokong Umno serta pemimpinnya. Tindakan kerajaan sama ada pegawai kerajaan besar atau kecil, daripada peringkat Perdana Menteri sampailah ke peringkat budak pejabat semuanya akan memberi kesan kepada prestasi Umno.
Selepas Umno ditimpa bencana akibat hilang sokongan pengundi Melayu khususnya golongan muda ekoran pemecatan Anwar Ibrahim, sampai hari ini pun masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan PAS atau Keadilan.
Hari ini pula rakyat tidak dapat menerima alasan kerajaan, khususnya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, membeli kembali saham MAS milik Tajuddin Ramli. Walaupun MAS merupakan syarikat yang mempunyai potensi dan imej negara tetapi tindakan kerajaan tidak sedikit pun patriotik, malah menyebabkan imej Umno semakin tenat dan semakin menuju kehancuran.
Cendikiawan Melayu sudah bosan dengan sikap kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membantu seorang yang tidak pernah ada rekod berjasa kepada negara. Malah kepada Umno, siapalah Tajuddin, tidak pernah merasa susah membanting tulang memenangkan Umno pada setiap pilihanraya tetapi sebahagian besar nikmat yang diperjuangkan oleh ahli-ahli Umno seperti kami ini semua dikebas oleh Tajuddin. Sepatutnya Tajuddin dibiarkan muflis dan kerajaan harus tunggu sehingga dapat membeli daripada bank.
Tindakan Mahathir betul tetapi beliau tertipu oleh kelicikan Tajuddin. Beliau secara peribadi kaya-raya. Sepatutnya MAS dapat selamatkan dengan keuntungan yang diperolehi oleh Tajuddin hasil perniagaan yang mendapat untung daripada MAS itu. Kenapa kerajaan tidak nampak ini semua?
Kesannya Umno semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu. Usahlah bercakap ini semua untuk masa depan Melayu. Percayalah tindakan kerajaan ini akan menyebabkan orang Melayu semakin muak dengan Umno.
Bagaimana dengan kami yang berjuang dengan tulang kering ini? Kami amat malu melihat apa yang berlaku. Bagaimana kami mahu pertahankan tindakan kerajaan dan Umno, kerana ada sahaja isu-isu baru yang sukar dipertahankan?
Jadi Mahathir, berilah peluang kepada pemimpin lain pula terajui kerajaan dan Umno, kerana sebarang perbuatan Mahathir tidak dapat diterima orang Melayu lagi. Sekiranya Mahathir sayangkan Umno, turunlah dan berilah peluang itu kepada Pak Lah. Masa Mahathir sudah terlalu senja; kalau Mahathir teruskan juga, alamat Umno akan menjadi pembangkang selepas 2004.
Jadikanlah Umno untuk menjaga kepentingan Melayu dan bukan untuk menjaga dua, tiga kerat koperat Melayu yang sedikit pun tidak ada sejarah perjuangan Umno, malah sinis pula dengan Umno. Berundurlah sebelum terlambat.
Diharap Mahathir tidak tersinggung dengan surat ini. Inilah realiti yang sebenarnya menimpa Umno.

View Comments0