Kedatangan Ramadan bukan sahaja membawa keberkatan bagi umat Islam yang berpuasa, tetapi juga menjadi waktu di mana pelbagai filem pendek raya kreatif diterbitkan, menyampaikan mesej penuh makna untuk menyemarakkan sambutan sebelum tibanya Syawal.

Sempena Ramadan dan Syawal 2025, Lalamove, platform penghantaran on-demand terkemuka, turut serta dalam meraikan musim mulia ini dengan mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk "Secukupnya Raya Ini". 

Berdurasi lapan minit, kisah ini mengangkat tema pengorbanan, menyoroti hubungan penuh kasih antara seorang ayah dan anaknya, Teja.

Ayahnya, seorang Orang Kurang Upaya, bekerja sebagai pemandu Lalamove demi menyara kehidupan mereka yang serba sederhana. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kasih sayangnya terhadap Teja tidak pernah pudar.

Dengan penuh keazaman, dia berusaha mencari rezeki lebih demi membahagiakan anaknya, terutama apabila hari lahir Teja jatuh pada Hari Raya. 

Namun, konflik timbul apabila Teja tidak menyedari pengorbanan ayahnya, hanya kerana kasih sayang itu tidak selalu diungkapkan dengan kata-kata.

Diinspirasikan daripada kisah benar para rakan pemandu Lalamove, filem ini mengetengahkan realiti mereka yang bekerja untuk mencari rezeki dan membahagiakan keluarga, terutamanya di musim perayaan. “Secukupnya Raya Ini” menyampaikan mesej yang menyentuh hati tentang menghargai pengorbanan. Walaupun pengorbanan tidak selalu diungkapkan dengan kata-kata, kasih sayang tetap terpancar dalam setiap usaha dan keikhlasan.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan "Secukupnya Raya Ini" di YouTube Lalamove serta di platform media sosial rasmi @lalamovemy di Facebook, Instagram dan TikTok.


Siri On-Demand Delivery ini adalah hasil kerjasama dengan Lalamove

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.