Kritik ikut semangat demokrasi
Basiran YusofPublished: Dec 23, 2000 5:41 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Pada suatu ketika keadaan politik di dalam negara kita begitu hangat dan mendebarkan; pada ketika yang lain pula ia sejuk seperti air batu.
Kini ia membara semula seperti bara yang amat marak. Ini semua disebabkan oleh kemenangan parti pembangkang di Lunas.
Apa yang menarik perhatian rakyat terutamanya anggota kerajaan seperti saya adalah sentimen yang sering bertukar antara menyokong kerajaan atau menyebelahi pihak pembangkang. Permainan politik ini menjadikan kebanyakan anggota kerajaan terpaku dan bingung.
Saya sebagai contoh kadangkala menjadi muak dengan keadaan ini dan mahukan ianya selesai secepat mungkin. Apa yang perlu pada pemikiran saya adalah memberi kebebasan untuk kerajaan mentadbir negara. Ini kerana kerajaan yang ada sekarang adalah dipilih oleh rakyat. Menggugat dan menidakkan kerajaan yang ada sekarang adalah sesuatu yang bertentangan dengan amalan demokrasi.
Mengkritik kerajaan yang sedang memerintah memang dibolehkan dan ianya mestilah dilakukan dengan semangat demokrasi, bukan dengan cara yang bertentangan dengan amalan demokrasi.
Pertanyaan saya kepada pemimpin pembangkang adalah, adakah mereka akan melihat dengan tersenyum sahaja apabila ada penentangan yang berunsur keganasan pada ketika mereka manjadi pemerintah jika ditakdirkan tuhan? Saya pasti jawapannya tidak kerana ia bertentangan dengan peruntukkan undang-undang negara.
Sebagai anggota kerajaan yang gigih berkhidmat untuk negara, saya beranggapan kerajaan yang ada sekarang berjaya melaksanankan tanggungjawabnya dan tiada apa yang silap. Tapi untuk memastikan setiap rakyat merasa puas adalah sesuatu yang mustahil.
Pelik dan gusar dengan apa yang berlaku sekarang ini adalah kerana gangguan yang sering dihadapi oleh kerajaan sehingga ia terpaksa menggunakan masa yang banyak dalam melayan karenah pembangkang daripada menguruskan negara. Semua rakyat mahukan negara yang aman dan berharmoni.
Akhir sekali diharap agar kerajaan berusaha dan bertahan dalam situasi ini dan tunjukkanlah kebijaksanaan dalam mengendalikan segala urusan.

View Comments0