Suqiu diresapi pembangkang: Pemuda Umno
Ein AzmiPublished: Jan 18, 2001 2:47 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Pemimpin Pemuda Umno tidak menolak "anasir-anasir pembangkang" telah meresapi Suqiu apabila tujuh rayuan yang diketepikan sebelum ini dibangkitkan semula oleh pertubuhan Cina itu.
Pengerusi Biro Pendidikan, Mohamad Norza Zakaria berkata, dalam gabungan persatuan Cina sendiri terdapat beberapa pihak yang simpati dengan parti-parti pembangkang.
"Saya tidak menolak ada anasir-anasir dalam Suqiu yang terheret kepada pembangkang," katanya kepada malaysiakini, apabila diminta mengulas kenyataan jawatankuasa rayuan itu semalam yang mempertikaikan laporan beberapa organisasi media pada 5 dan 6 Januari lalu.
Dalam surat bantahan kepada akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan agensi berita Bernama, Suqiu menegaskan tujuh perkara yang dipersetujui antara badan itu dengan Pemuda Umno pada awal Januari lalu "diketepikan" dan bukannya "digugurkan" seperti dilaporkan.
"Isu 'gugur' atau 'tarik balik' tidak timbul," kata Pengerusinya, Quek Suan Hiang. "Laporan (media berkenaan) adalah tidak benar dan memberi gambaran yang silap kepada para pembaca."
Norza tidak menolak kemungkinan Pengerusi Suqiu itu didesak di peringkat ahli akar umbi yang "tidak suka kepada perpaduan" agar perkara yang dianggap sensitif kepada orang Melayu itu dibangkitkan semula.
"Dokumen bersama (Suqiu-Pemuda) yang menyebutkan perkataan 'diketepikan' sama dengan perkataan 'digugurkan'," kata Norza, mempertahankan laporan tiga pertubuhan berita tersebut.
Jumaat lalu, malaysiakini melaporkan Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein juga mempertahankan perkataan "diketepikan" bermakna menggugurkan perkara-perkara tersebut.
Tambah Norza, dua pihak itu juga bersetuju supaya isu yang menyentuh sensitiviti hak-hak keistimewaan Melayu tidak dibangkitkan pada masa akan datang.
Norza menegaskan Pemuda tidak akan membiarkan pihak-pihak tertentu mempermainkan isu tersebut.
Malaysiakini gagal mendapatkan penjelasan lanjut ketua-ketua pengarang media itu berkenaan bantahan Suqiu.

View Comments0