Ribut petir diramal melanda empat negeri
Diterbitkan: Nov 1, 2024 4:08 PM
Ia melibatkan daerah Bentong di Pahang, beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Johor serta seluruh Melaka, maklum amaran cuaca MetMalaysia.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat negeri hingga 5 petang ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2 petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Pahang membabitkan daerah Bentong, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta seluruh Melaka.
Sementara itu, di Johor melibatkan daerah Tangkak, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.
- Bernama

