Dr Mahathir semakin ceria
Diterbitkan: Sep 6, 2007 6:40 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertambah baik dan semakin ceria selepas berjaya menjalani pembedahan pintasan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN) Isnin lalu.

Bekas perdana menteri berusia 81, yang sedar daripada pembedahan petang semalam, bagaimanapun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diletakkan di bawah pemerhatian rapi oleh para doktor yang merawatnya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, yang berada di IJN untuk melawat Dr Mahathir, berkata beliau dimaklumkan oleh Tun Dr Siti Hasmah Ali bahawa suaminya semakin ceria, demikian menurut laporan Bernama.
"Saya hanya sempat bercakap dengan Tun Siti Hasmah di luar. Tun (Dr Mahathir) sedang berehat dalam wad. Beliau (Tun Siti Hasmah) juga kelihatan amat ceria dan bersemangat.
"Kita akan terus berdoa supaya Tun cepat sembuh dan kembali cergas," katanya ketika ditemui pemberita di IJN.
Pembedahan pintasan jantung itu adalah yang kedua dijalani oleh Dr Mahathir selepas yang pertama pada 24 Januari 1989 ekoran satu serangan jantung.