Alif Teega didakwa esok
Diterbitkan: Sep 19, 2024 10:08 AM
Pempengaruh sensasi Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
Perkara itu dikongsi melalui laman TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Melalui hantaran tersebut, SPRM telah mendapat keizinan mahkamah untuk mendakwa Alif atau Mohad Hazalif Mohd Hazani.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada isteri usahawan terbabit iaitu, Aisyah Hijanah akan turut dituduh pada prosiding tersebut.
SPRM juga dalam kenyataan ringkas itu tidak menyatakan secara khusus tuduhan bakal dikenakan terhadap Alif, 30, di mahkamah.
Pada 10 Julai lalu, Alif dan Aisyah ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.
Mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

