Dr Mahathir stabil selepas pembedahan
Diterbitkan: Sep 4, 2007 11:23 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pintasan jantung selama lima jam di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur hari ini, kata anaknya, Datin Paduka Marina.

Beliau dalam keadaan baik dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, kata Marina.
"Kami berasa amat lega semuanya berjalan lancar," katanya kepada pemberita di lobi IJN.
Pegawai Khas Dr Mahathir, Sufi Yusoff, memberitahu Bernama bahawa pembedahan itu yang dijalankan oleh satu pasukan diketuai Tan Sri Dr Yahya Awang, selesai pada jam 2.30 petang.
Ini merupakan pembedahan pintasan jantung kali kedua melibatkan Dr Mahathir, 81, selepas yang pertama pada 24 Januari 1989 di Hospital Kuala Lumpur.
Marina berkata keluarganya bersyukur pembedahan itu berjalan lancar, dan "ianya lebih baik daripada 1989".
Menurutnya Dr Mahathir lebih bersedia kali ini untuk menjalani pembedahan itu.
'Tangisan gembira'
"Kami tahu rakyat di seluruh negara berdoa dan saya amat terhutang budi," kata Marina sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk yang menghantar SMS dan e-mel.
Ketika ditanya mengenai reaksi ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali apabila Dr Mahathir dibawa keluar dari bilik pembedahan, Marina berkata: "Terdapat tangisan gembira dan drama."
Kakak ipar, Dr Mahathir, Datin Paduka Saleha Mohamad Ali, juga melahirkan rasa syukur bahawa pembedahan itu berjalan lancar.
"Bagi saya, dia lebih macam adik saya sendiri dan bukan setakat adik ipar," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Dr Mahathir pada 2.30 petang.
Wakil-wakil media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di IJN sejak 8 pagi tadi dan hanya dibenarkan berada di kawasan lobinya.