Merujuk kepada artikel[#1] No coercion in Vision Schools[/#] Nov 23 yang menyatakan Sekolah Cina tidak akan dipaksa melaksanakan konsep Sekolah Wawasan, ingin saya menanya Menteri Pendidikan, jika sekolah Cina tidak dipaksa melaksanakan konsep Sekolah Wawasan, kenapakah Sekolah Cina yang ingin berpindah ke kawasan baru tidak diberikan pilihan iaitu sama ada melaksanakan konsep Sekolah Wawasan atau berpindah ke kawasan baru ?

Kenapakah Sekolah Cina hanya diberikan satu pilihan iaitu melaksanakan konsep Sekolah Wawasan? Kenapakah sebelum ini Sekolah Cina yang ingin berpindah ke kawasan baru perlu menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum diberikan kelulusan (ia hanya diluluskan beberapa minggu sebelum pilihanraya umum)?

Begitu juga dengan permohonan untuk membina Sekolah Cina yang baru.

Daripada permerhatian saya Kementerian Pendidikan akan menekan secara halus Sekolah Cina yang tidak ingin melaksanakan konsep Sekolah Wawasan, seperti yang telah dilakukannya sebelum ini.

Janganlah cuba memperbodohkan kaum Cina dengan tipu helah yang telah ketinggalan zaman.

Cino Kelante