Satu lagi kontroversi babitkan Namewee
Diterbitkan: Aug 22, 2007 7:42 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Pelajar Wee Meng Chee yang sebelum ini telah memohon maaf kerana didakwa mempermain-mainkan lagu kebangsaan dan menghina Islam, kini berdepan dengan satu lagi kontroversi.

Harian Metro telah melaporkan Sabtu lalu bahawa Wee, yang kini sedang menuntut di Taiwan, telah menyanyikan satu lagi video rap bertajuk "kawanku" yang menyindir orang Melayu sebagai malas dan mundur.
Wee, bagaimanapun mendakwa, video rap "Kawanku" itu dirakam lebih dahulu daripada lagu Negarakuku, pada awal tahun ini.
Dia memberitahu malaysiakini dalam satu temubual telefon bahawa "Kawanku" ditulisnya kira-kira dua bulan sebelum tercetusnya kontroversi 'Negarakuku'.
Sepertmanai lagu Negarakuku, lirik video rap "Kawanku" itu adalah campuran bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Inggeris.
Bahagian yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak ialah apabila Wee, dalam rapnya, menyentuh mengenai kesan ekonomi jika rakyat Cina Malaysia terpaksa balik ke China.
'Talk some more lah / Chinese go back to China / If all go back ah / This would not be Malaysia / I fear where you will find work / But it's usual lah, Malays also don't like to work / All go into the jungle / Live like Sakai.'
(Bercakap lagi lah / orang Cina balik ke China / Jika semua balik ah / Ini buikan jadi Malaysia lagi / Saya bimbang di mana anda nak cari kerja / Tetapi itu biasalah / orang Melayu juga tidak suka bekerja / semua pergi masuk hutan / hidup macam Sakai). Wee menafikan berniat untuk menghina orang Melayu dalam video tersebut.
Pelajar komunikasi massa itu berkata 'Kawanku' adalah kompilasi pandangan rakan-rakannya, saudara maranya dan pengunjung 'kopi tiam' (kedai kopi).
"Rap itu mengandungi pandangan yang merupakan persepsi popular di kalangan mereka," katanya.
Menurut Wee lagi, ayat pertama dalam video selama empat minit itu menjelaskan tujuan lagu rap tersebut.
"Ia bermula dengan: I explain first. This song is for fun. If you want to listen, don't get angry (Saya jelaskan dulu. Lagu itu hanya untuk suka-suka. Jika anda nak dengar, janganlah marah)," katanya.
Dan rap tersebut berakhir dengan: 'But this is my true feeling / It's already been 50 years / Sleeping every day / Look forward lah / 2020 (Tetapi ini perasaan sebenar saya/Sudah 50 tahun/Tidur setiap hari/lihat ke hadapan lah/ 2020).'