Riba PTPTN: Siswa akan jumpa menteri
R NavanithamPublished: Jan 16, 2001 1:07 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Dua persatuan pelajar berhasrat membincangkan dengan dua pemimpin negara bagi menghapuskan kadar faedah empat peratus yang dikenakan terhadap pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung Malaysia (Gamis) dijangka mengadakan perjumpaan rasmi dengan Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad minggu depan.
"Kami sudah hantar surat untuk mengadakan perjumpaan (dengan Musa) kepada Kementerian Pendidikan minggu lepas dan masih lagi menunggu jawapan daripada mereka," kata Presiden PMIUM Muhammad Faisal Abdul Rahman kepada malaysiakini.
Bagaimanapun Faisal berkata, rancangan mereka untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi belum dipastikan.
Dua badan pelajar itu juga akan menghantar satu memorandum untuk menghapuskan kadar itu kepada Musa pada Jumaat ini. Memorandum itu adalah hasil perbincangan PMIUM dengan Gamis, kata pemimpin pelajar itu.
Gamis disertai oleh kumpulan-kumpulan pelajar Islam daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.
"PMIUM merasakan bahawa sistem pembayaran semula wang pinjaman PTPTN ini (dengan kadar itu) membebankan serta menzalimi pelajar," kata Faisal.
Persatuan pelajar itu mendakwa kadar tersebut merupakan riba dan bertentangan dengan kaedah pinjaman menurut Islam.
"Saya memperolehi maklumat ini daripada seorang ahli Jawatankuasa Panel Kajian Syariah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," kata Faisal lagi.
Malaysiakini minggu lepas melaporkan persatuan pelajar itu mendesak Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Hashim Yahya menyiasat "unsur riba" dalam pinjaman tabung yang dikendalikan oleh kerajaan itu. ([#1]Siasat unsur riba pinjaman PTPTN[/#], 12 Jan)
Dalam kenyataannya hari ini, Faisal berkata pihaknya berasa kesal kerana kerajaan tidak memberikan pilihan secara lebih luas bagi membolehkan pelajar Islam mendapatkan pinjaman tanpa faedah (riba).
Ke peringkat lebih tinggi
"Kalau kerajaan tanggung semua wang pentadbiran dan pengurusan PTPTN, maka kenapa (kerajaan) masih meminta pembayaran balik empat peratus ini?" katanya.
Dalam pertemuan badan pelajar itu dengan perbadanan sebelum ini, mereka dimaklumkan kadar itu bukan wang untuk kos pentadbiran atau pengurusan kerana tabung itu dibiayai oleh kerajaan.
PTPTN juga memaklumkan kepada PMIUM bahawa kadar itu "disimpan dan belum digunakan" dan "akan diperuntukkan untuk jangka masa panjang" tabung tersebut.
Apabila ditanya tindakan lanjut yang bakal diambil jika Kementerian Pendidikan tidak menunaikan tuntutan dalam memorandum mereka, Faisal berkata isu itu akan "dibawa ke peringkat yang lebih tinggi lagi."

View Comments0