Penulis kolum ini tidak menghantar sebarang tulisan sejak 30 hari lalu apabila dibungkus dalam satu tangkapan oleh sekumpulan anggota polis berpakaian biasa kira-kira jam 5 petang 10 April lalu di pejabatnya di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Menurut sumber rakan-rakannya, Hishamuddin Rais sudah menjangkakan beliau ditangkap apabila melihat pergerakan "orang-orang yang tidak dikenali" berada di kawasan pejabatnya beberapa hari sebelum itu.

Setakat ini, beliau juga tidak dapat dihubungi atau ditemui anggota keluarganya walau lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibenarkan berbuat demikian anatar 3 hingga 8 Mei lalu.

Ramai kenalannya bimbang tentang kesihatan Hishamuddin dan juga sama ada beliau akan terus dibawa ke kem tahanan lanjutan di Kemunting, Perak selepas disiasat secara intensif selama 60 hari.

Keputusan untuk menahan lanjut terletak pada Menteri Dalam Negeri Abdullah Baadwi selepas menerima saranan polis.


MANSUHKAN Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA), bebaskan tahanan-tahanan ISA