Ketam Lee ajar M'sia berjalan betul
Setelah tercetus pergaduhan di Kampung Medan baru-baru ini, semua pihak cuba mencari sebabnya. Ada pihak menyalahkan kumpulan samseng dan ada pula yang menuduh khabar-khabar angin.
Ada pihak menuding jari kepada polis kerana tidak tegas dan profesional pada peringkat awal, sementara Ezam turut dikaitkan dan diminta bertanggungjawab. Tidak kurang mereka yang mengungkitkan politik perkauman Barisan Nasional dan masalah sosio-ekonomi kawasan-kawasan terpinggir itu di sekitar Jalan Kelang Lama, Selangor.
Nampaknya punca pergaduhan di situ mungkin lebih daripada satu. Kerajaan wajar menubuhkan badan siasatan bebas untuk mengenal pasti sebab-sebabnya secara objektif, tanpa prasangka dan adil.
Teori terbaru pula dikemukakan oleh menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew - sistem pendidikan di negara kita menjadi punca masalah. Beliau mendakwa: Universiti Isalam Antarabangsa menjurus kepada perkauman; sebahagian besar pelajar Cina dan India dihantar ke sekolah yang khusus untuk kumpulan kaum itu; pelajar universiti tidak mahu berkongsi bilik dengan rakan mereka daripada kaum atau agama lain.
Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamed dengan cepat bersetuju, sebahagiannya, dengan pandangan Lee itu. Musa mengakui perpaduan di negara ini tidak begitu teguh kerana sistem pendidikan memberikan peluang berbeza-beza kepada anak-anak kita, dan mengakibatkan generasi muda memilih-milih (aliran) berdasarkan kaum.
Lalu media arus perdana cuba memainkan isu sistem pendidikan nasional ini agar aliran-aliran Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah dihapuskan dan disatukan.
Menurut perangkaan yang didedahkan oleh Menteri Pendidikan, 90 peratus anak-anak keturunan Cina dihantar kepada sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) Cina dan 65 peratus yang berketurunan India dihantar kepada SRJK Tamil.
Hak setiap kaum
Perangkaan itu dengan jelas menunjukkan hasrat kaum-kaum itu untuk mempertahankan dan mengembangkan pendidikan bahasa ibunda mereka dan ia memang hak asasi manusia yang dijamin oleh dokumen antarabangsa dan juga Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pendidikan 1995.
MCA yang selalu dibidas oleh masyarakat Cina kerana gagal mempertahankan pendidikan bahasa ibunda juga terpaksa berikrar akan'sehidup semati dengan SRJK Cina' walau kaum itu sendiri jarang menaruh kepercayaan terhadap parti itu.
Saya fikir BN masih belum belajar daripada ketewasannya dalam pilihanraya kecil Lunas - pengundi Cina telah secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka terhadap sikap BN berhubung isu-isu jawatankuasa rayuan pilihanraya Suqiu dan Sekolah Wawasan (bertujuan mewujudkan satu aliran sistem pendidikan).
Sebarang perpaduan nasional yang tulen harus dicapai melalui prinsip-prinsip toleransi, hormat-menghormati, sukarela, dan juga menghormati hak asasi setiap kaum untuk mengembangkan bahasa, pendidikan dan kebudayaan masing-masing.
Hak-hak itu tidak boleh dirampas oleh sesiapa atas alasan apa pun. Andainya persetujuan tidak dicapai melalui muafakat, maka prinsip penentuan nasib sendiri (the principle of self-determination) kaum minoriti hendaklah diamalkan supaya kepentingan minoriti tidak diceroboh oleh kaum majoriti yang kuat dan berkuasa.
Jika Kementerian Pendidikan semata-mata bertujuan memupuk perpaduan murid-murid yang berlainan aliran, maka Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan yang telah dipersetujui antara kementerian itu dan gabungan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, boleh dilaksanakan dengan segera. Rancangan pada 1986 itu tidak akan menjejaskan ciri pendidikan bahasa ibunda SRJK Cina atau Tamil.

Lee Kuan Yew tidak layak mengkritik, apatah lagi menyindir, sistem pendidikan negara kita. Kenyataannya itu boleh diibaratkan sebagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul!
Dari segi latar belakang pendidikan dan pendekatan kebudayaan, Lee seperti 'Orang Pisang' - kulitnya kuning tetapi isinya putih. Beliau dan juak-juaknya yang berpendidikan Inggeris itu sangat mengagung-agungkan bahasa, pendidikan dan budaya Barat.
Oleh itu, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa Cina pula bahasa kaum majoriti di negara pulau itu tetapi bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar utama.
Di manakah jiwa nasionalis Lee sebagai seorang Cina, andainya beliau masih boleh lagi digelar begitu? Tidakkah beliau berasa berdosa meminggirkan bahasa, pendidikan dan kebudayaan kaum Cina, Melayu dan India di Singapura?
Melayu di Singapura
Saya ingin mengemukakan satu soalan kepada kumpulan elit Melayu yang memperjuangkan pelaksanaan satu aliran pendidikan di negara kita, adakah mereka juga bersetuju bahawa kaum Melayu yang minoriti di Singapura itu sebenarnya tidak berhak untuk mempertahankan dan mengembangkan bahasa, pendidikan dan kebudayaan mereka?
Jika jawapannya positif, maka bukankah kaum-kaum minoriti di negara kita, seperti juga Melayu di Singapura, berhak mempertahankan dan mengembangkan bahasa, pendidikan dan kebudayaan mereka?
Andai jawapannya negatif, maka kenapa pula kerajaan Singapura selalu dikritik kerana meminggirkan Melayu di pulau itu? Sementara perjuangan kaum Melayu di Singapura sering mendapat simpati dari kaum itu di negara kita. Adakah ia semata-mata kerana 'air dicincang tidak akan putus'?
Sebagai seorang Cina, saya fikir dasar diskriminasi kerajaan Lee terhadap kaum minoriti Melayu di Singapura sangat memalukan dan harus dikutuk oleh setiap manusia yang menjunjung hak-hak asasi manusia dan prinsip kesamarataan kaum, sama ada majoriti atau minoriti; bukan sekadar teori, tetapi juga pada amalan.
Lebih penting lagi, meski kerajaan Lee telah berjaya menempatkan anak-anak semua bangsa di bawah satu bumbung sekolah dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar utama, namun apakah ia telah menjamin perpaduan kaum di negara itu? Bukankah Melayu di Singapura masih tidak berpuas hati kerana didiskriminasi dan dipinggirkan?
Pengalaman di Indonesia juga telah membuktikan bahawa ketika pemerintahaan Suharto, bahasa, pendidikan dan kebudayaan kaum Cina di negara itu telah dilarang dan dihapuskan, perpaduan nasional yang sebenarnya tidak tercapai.
Kerajaan Gus Dur sekarang telah melaksanakan dasar bahasa, pendidikan dan kebudayaan yang lebih terbuka dan progresif. Cina di negara itu sekali lagi dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi bahasa, pendidikan dan kebudayaan kaum Cina di Indonesia.
Umno, atau dengan lebih tepat Presidennya Dr Mahathir Mohamad sendiri bukan saja tidak berikhtiar untuk mengendurkan ketegangan akibat tercetus pergaduhan di Kampung Medan, malah beliau asyik mengajak perpaduan Melayu sahaja melalui pertemuan Umno-PAS.
Mungkin Dr Mahathir berbuat begitu untuk menyelamatkan Umno dan kedudukan peribadinya. Saya tidak faham kenapa pula PAS yang dilaporkan lebih mengutamakan perpaduan nasional juga sudi menari mengikut rentak politik perkauman Umno dengan melanjut-lanjutkan perbincangan mengenai isu tersebut?
Bukankah sekarang masa dan peluang yang terbaik bagi parti-parti komponen Barisan Alternatif turun ke padang untuk membuktikan dasar mereka yang antiperkauman dan mesra rakyat?