Bahaya KeADILan pada Umno
Aman RaisPublished: Feb 24, 2001 3:23 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Umno menghamparkan permaidani indah kepada ahli-ahli Parti KeADILan Nasional yang ingin menyertai parti itu. Satu urus setia khas akan ditubuhkan untuk menguruskan kemasukan "ribuan" ahli parti pembangkang itu.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Mutapha Mohamad mengumumkan baru-baru ini, urus setia itu akan memberikab bimbingan kepada golongan yang ingin meninggalkan pembangkang dan menyertai parti Melayu terbesar itu.
Nampaknya parti pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ini benar-benar mahu melihat "kematian" KeADILan. Segala usaha dibuat untuk melumpuhkan parti pimpinan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Mengapa Umno seperti sangat terdesak untuk memikat ahli-ahli KeADILan? Adakah keahilan Umno seramai 2.8 juta orang itu tidak cukup besar?
Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno berpendapat, KeADILan lebih berbahaya daripada PAS. Parti 'bermata lebam' itu, menurut beliau, kalau dibiarkan terus hidup, ia akan memberi kesan jangka panjang yang buruk kepada Umno dan Barisan Nasional.
Sifat parti itu yang majmuk mampu memikat ramai generasi muda dari pelbagai kaum menyertainya jika para pemimpinnnya dapat membuktikan keberkesanan dan kerelevanan kewujudannya.
"Oleh itu KeADILan mesti dilumpuhkan secepat mungkin, seboleh-bolehnya sebelum pilihan raya umum tahun 2004," katanya, yang juga seorang tokoh Umno yang agak kontroversi.
KeADILan lebih berbahaya terutamanya apabila ia dikaitkan dengan perjuangan Anwar.
Menurut beliau, Umno tidak begitu ghairah untuk melumpuhkan PAS walaupun parti itu mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya umum lalu kerana parti Islam itu dianggap sebagai "musuh yang diperlukan."
"Umno memerlukan PAS bagi memastikan orang bukan Islam terus memilih Umno. PAS boleh dijadikan umpan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam supaya jangan mengundi parti yang bercita-cita untuk menegakkan negara Islam itu. Oleh itu PAS mesti dibiarkan terus hidup," jelasnya.
Berdasarkan hujah-hujah tokoh Umno itu maka tidak hairanlah mengapa Umno begitu bersungguh-sungguh mahu menarik ahli-ahli KeADILan menyertainya.
Tidak cukup dengan menubuhkan urus setia tersebut, ahli-ahli KeADILan yang meninggalkan parti ketika pilihan raya kecil Telok Kemang awal bulan ini akan dijaja ke sana ke mari oleh Umno dalam road show untuk memburuk-burukkan KeADILan.
Parti Melayu terbesar ini juga tidak putus-putus menyiarkan berita kononnya banyak lagi bahagian dan cawangan KeADILan akan dibubarkan. Akhbar arus perdana telah tiga kali melaporkan berita yang sama dengan dakwaan beberapa lagi bahagian parti pembangkang itu di Kelantan, Pahang dan Selamgor akan dibubarkan.
Bagaimanapun sehingga rencana ini ditulis dakwaan masih tinggal dakwaan sahaja.
Nampaknya ahli-ahli KeADILan diberikan perhatian isrtimewa oleh Umno. Bekas ahli-ahli Parti Melayu Semangat 46 apabila dibubarkan dulu tidak mendapat layanan sebegini. Sebaliknya, bekas pengikut Tengku Razaleigh Hamzah diberikan layanan yang buruk. Sebahagian besar daripadanya tidak diterima semula menyertai Umno.
Menjelang pilihan raya umum 29 November tahun lalu, dilaporkan lebih 200,000 bekas ahli Semangat 46 tidak dapat menyertai semula Umno dan ia menyebabkan ramai di antara mereka menyertai PAS dan KeADILan.
Umno mungkin belajar daripada kesilapan tersebut dan kali ini ia mahu memastikan ahli KeADILan dilayan sebaik mungkin. Umno takut kalau-kalau mereka berubah hati dan menyertai PAS pula.
Sebenarnya usaha Umno menarik ahli-ahli atau bekas ahli KeADILan untuk menyertainya bukanlah satu usaha mudah. Walaupun parti itu bergolak dan mungkin ada ahli-ahli yang tidak berpuas hati, namun itu tidak bermakna mereka mengubah pendirian perjuangan mereka.
Mungkin mereka akan meninggalkan KeADILan tetapi akan terus berpegang dengan perjuangan reformasi yang dinyalakan oleh Anwar.
Bagaimanapun, Umno harus ingat, menganggotai KeADILan dan menjunjung reformasi adalah dua perkara yang berbeza. Perjuangan menuntut perubahan, keadilan dan menentang kezaliman serta penyelewengan boleh diteruskan tanpa parti.
Lagipun, tidak semua ahli KeADILan bekas ahli Umno. Sebahagian besar ahli parti ini ialah golongan muda, profesional, dan terpelajar yang aktivis menolak politik Umno.
Oleh itu tidak semestinya jika seorang reformis meninggalkan KeADILan, mereka akan menyertai Umno atau PAS. Perjuangan menuntut reformasi boleh diteruskan di jalanan.

View Comments0