Sidang BA-BN: Utamakan 10 agenda
Fathi Aris OmarPublished: Jan 11, 2001 9:36 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Persidangan meja bulat antara pembangkang dengan Barisan Nasional wajar mengutamakan 10 agenda, saran seorang tokoh akademik Profesor Jomo K S.
Agenda itu termasuklah isu menyelamatkan syarikat-syarikat besar yang berjumlah berbilion-bilion ringgit, melaksanakan sistem kewangan berpersekutuan yang adil, menghentikan pendakwaan terpilih, mengadakan sistem pilihanraya yang bebas dan adil, memansuhkan halangan ke arah kebebasan media, membantu golongan yang terpinggir dan memupuk perpaduan nasional yang tulen.

"Lebih RM50 bilion telah digunakan oleh Danaharta dan Danamodal untuk menyelamatkan bank, syarikat kewangan dan mereka yang banyak berhutang dengan mereka (institusi kewangan), iaitu (syarikat) kroni-kroni besar," katanya dalam satu wawancara dengan malaysiakini.
"Ketika gendang perpaduan Melayu dipukul kuat, kepentingan kroni diselamatkan lagi."
Kerajaan baru-baru ini menyelamatkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) milik Tan Sri Tajudin Ramli (melalui syarikat Naluri Bhd) sebanyak RM1.8 bilion.
Sejumlah RM6 bilion digunakan untuk mengambilalih sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang daripada dua syarikat, Putra dan Star.
Barisan Alternatif dalam mesyuaratnya tiga hari lalu memutuskan untuk menjemput parti-parti komponen BN ke persidangan itu bagi membincangkan "krisis" yang sedang melanda negara ini, khususnya selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Penganiayaan yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan tidak adil terhadap Anwar Ibrahim, berikutan penyingkirannya dari kerajaan dan Umno telah mencetuskan krisis (hari) ini," kata satu kenyataan bersama parti-parti pembangkang, sehari selepas mesyuarat tersebut.
Bawa lari wang
Jomo juga mendakwa syarikat-syarikat besar di negara ini yang rapat dengan pemimpin BN turut tidak bersedia melabur di negara ini, selain pelabur asing.
"Kroni-kroni yang rapat dengan PM (Perdana Menteri) sedang membawa lari wang kerana tidak yakin lagi pemimpin nombor satu itu akan kekal," katanya.
Menurut penganalisis ekonomi itu lagi, saranan BA itu juga bertujuan mendapatkan pandangan parti-parti komponen BN "yang dipinggirkan", untuk kepentingan bangsa dan negara.
Bagaimanapun, Jomo turut mengingatkan parti-parti pembangkang agar berhati-hati mengadakan perbincangan dengan BN.
"Setelah melihat tekanan Umno terhadap jawatankuasa rayuan pilihanraya Cina, Suqiu, sudah tentu pimpinan BA akan berhati-hati terhadap sebarang pelawaan manis (BN)," tambahnya.
Rencana berkaitan

View Comments0