Persatuan belia, pemimpin tua
Hishamuddin RaisPublished: Jan 9, 2001 11:36 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Pada tahun 1973, saya telah dipilih menjawat Setiausaha Agung, Persatuan Mahasiswa Universti Malaya (PMUM). Tugas saya termasuklah menjalin hubungan antara persatuan kami dengan badan-badan pelajar dari luar negara.

Sebagai persatuan pelajar yang paling berpengaruh dan tersusun rapi, PMUM sering menerima lawatan pelajar-pelajar Asia Tenggara. Pada zaman itu PMUM mempunyai hubungan intim dengan pelajar dan pemimpin mereka daripada Universiti Thmassart dan Chulalongkorn. Dari Hong Kong, kami menjalinkan hubungan dengan Universiti Hong Kong dan Universiti China.
Persatuan mahasiswa Australia dan New Zealand juga membuat hubungan dengan PMUM. Hanya persatuan pelajar dari negara-negara regim kuku besi seperti Indonesia, Filipina atau Korea Selatan yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kami.
PMUM yang mempunyai bangunan sendiri telah mewakafkan dua buah bilik khusus untuk urusetia Persatuan Pelajar Asia (ASA) dan untuk Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia (PKPM). Dua kesatuan pelajar ini sering mengundang tetamu dari pelbagai pelusuk dunia dan pelawat itu juga mengunjungi PMUM.
Rata-rata pucuk pimpinan pelajar dalam era itu berumur dalam lingkungan 20-an. Kami semua anak-anak muda yang memanggil diri kami pelajar atau mahasiswa. Panggilan istilah ini penting untuk memisahkan diri kami dari kumpulan "mahasitua" - bekas guru-guru atau mereka yang 'tidak fresh' daripada Tingkatan Enam semasa masuk ke universiti.
Kami bagitu muda sekali sehinggakan saya sendiri yang berjawatan masih terpaksa pulang ke kampung untuk meminta tandatangan ibu bapa apabila ingin memohon pasport antarabangsa. Umur kami yang rendah telah disirami sentimen, naluri, sensibility dan idealisme anak-anak muda yang ingin mengubah dunia di sekeliling mereka.
Pernah suatu ketika saya menerima panggilan telefon dari Kementerian Belia dan Sukan yang meminta PMUM menerima satu lawatan rasmi delegasi belia Kesatuan Sosialis Republik Russia (USSR). Sebagai penganut fahaman sosialis, saya merasakan inilah peluang untuk bertemu dan berbincang dengan anak-anak muda dari negara blok sosialis yang menjadi rujukan falsafah saya.
Apparatchik parti
Apabila delegasi belia USSR ini sampai, saya berasa kecewa sekali kerana semua mereka, lelaki dan wanita, kelihatan seperti pak cik dan mak cik - gemuk, botak dan berperut gendut. Empat orang wanita dalam delegasi ini kelihatan gempal dan montok seperti potongan badan seorang menteri negara kita. Tidak ada sesuatu yang menarik untuk anak muda seperti saya apabila berhadapan dengan delegasi ini.
Imej 'radical chick' untuk menimbulkan object of desire seperti imej Angela Davis, Jane Fonda, Tariq Ali, John Lennon atau Che Geuvera tidak wujud dalam delegasi ini. Delegasi 18 orang yang mewakili pelbagai badan belia dari pelbagai wilayah USSR ini hanyalah apparatchik parti.
Pada April 1974, saya telah dipilih menjadi delegasi PKPM ke persidangan tahunan ASA di Melbourne, Australia. Untuk pertama kali saya telah berkenal suai dengan gerakan radikal kiri pelajar antarabangsa dari pelbagai mazhab.
Resolusi-resolusi di persidangan kami menunjukkan dengan jelas bahawa anak-anak muda lingkungan 20-an di seluruh Asia mempunyai cita-cita, harapan dan mimpi yang sama: untuk mendirikan Asia yang demokratik, progresif dan meriah.
Bersama kami, hadir satu delegasi pelajar dari Korea Utara yang turut dijemput sebagai tamu undangan. Walaupun ada halangan bahasa, kami yang boleh berbahasa Inggeris telah memberi penghormatan secara diplomatik kepada mereka secara terbuka.
Tetapi apabila kami bersembang sama sendiri dan dicampur pula oleh suasana ria air anggur dan beer Foster maka delegasi pelajar dari Korea menjadi bahan lawak kami.
Semua mereka apparatchik parti yang 'sesat' di persidangan anak-anak muda. Mereka kelihatan seperti datuk, ayah dan bapak saudara. Lawak kami hanya dapat diselamatkan kerana mereka tidak datang dengan tongkat atau kereta sorong!
Justeru minggu lepas apabila Syed Hamid dilantik sebagai Presiden MAYC, maka saya tidak dapat menyimpan reaksi apa-apa kecuali ketawa terbahak-bahak bersendiran. Gambar Syed Hamid yang dijulang oleh juak-juaknya kelihatan seperti babak sebuah filem komedi Monty Phyton.
Ingatan saya kembali kepada delegasi belia USSR dan perwakilan pelajar dari Korea Utara yang pernah ditemui.
Komedi presiden baru MAYC ini menjadi lebih surreal apabila pembaca diberitahu bahawa bekas presidennya ialah Datuk Seri Sanusi Junid. Keadaan ini mungkin lebih menakutkan belia-belia di negara ini jika mereka disedarkan bahawa manusia yang mengakui menjadi pemimpin mereka ialah pakcik-pakcik yang telah kotai.
Harimau kertas
Majlis Belia Malaysia (MBM), Pergerakan Belia 4B atau Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terus mendakwa pertubuhan mereka mewakili anak muda, pelajar dan belia walhal badan-badan ini dipimpin oleh orang tua. Justeru semua badan ini menjadi harimau kertas yang tidak dapat diindentifikasi dan dihayati oleh anak-anak muda.
Justeru apa yang sering keluar dari mulut pemimpin-pemimpin belia tua ini hanyalah sentimen agenda moral orang tua yang konservatif dan bertentangan dengan jiwa dan sentimen muda. Malah akhir-akhir ini pertubuhan belia ini kelihatan sebagai badan yang antidemokratik, bersentimen perkauman dan bersikap antianak muda.
Kenyataaan yang sarat sentimen perkauman itu pernah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin pertubuhan ini wajib dihebahkan kepada semua pertubuhan belia di seantero dunia agar kedudukan pertubuhan ini dalam badan-badan dunia seperti Himpunan Belia Sedunia (WAY) dapat dipersoalkan.
Atau kemungkinan mereka dapat dipinggirkan sama sekali dari gerakan pertubuhan anak muda dan belia antarabangsa kerana mereka adalah orang tua.
Mao Zedong semasa melancarkan Revolusi Kebudayaan 1965 telah menunjukkan dengan tepat bahawa akhirnya dunia ini kepunyaan anak-anak muda. Sejarah perubahan dunia telah diteroka oleh idea, pandangan dan tenaga gerakan anak muda.
Yang tua sering bersifat konservatif dan menghalang segala bentuk perubahan yang membawa pembaruan.
Kemudaan dan kebeliaan Syed Hamid tidak mugkin dapat dikembalikan walaupun dengan meminjam rambut palsu. Melantik beliau sebagai Presiden MAYC samalah seperti melantik pemimpin PAS Hadi Awang untuk menjadi President Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung).
Si Luncai terjun degan labu-labunya; biarkan, biarkan, biarkan.

View Comments0