Hak istimewa pemodal, bukan Melayu
Hishamuddin RaisPublished: Jan 4, 2001 10:09 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Hak keistimewaan dan ketuanan Melayu yang diheboh-hebohkan ini sama seperti Santa Klaus. Semua ini adalah mitos (myth). Mitos hak keistimewaan dan ketuanan Melayu sengaja diwujudkan Umno untuk politik hodoh mereka.
Mitos memang mempunyai peranan dalam kehidupan manusia - terutama dalam budaya masyarakat tradisional. Budaya Melayu, seperti juga budaya bangsa-bangsa lain, mempunyai pelbagai mitos. Puteri Gunung Ledang, keris Taming Sari, anak Buluh Betong adalah antara mitos-mitos Melayu yang menjadi teras ingatan bersama masyarakat tradisional hingga hari ini.
Mitos-mitos ini berperanan membina jiwa dan hati budi manusia Melayu. Di sini mitos boleh dilihat sebagai jalur ingatan bersama yang positif kerana memberikan makna kehidupan manusia tradisi.
Ada juga mitos yang diwujudkan kerana agenda tertentu. Contohnya, ada raja yang mengakui bahawa mereka berasal daripada jelmaan tuhan. Mitos seperti ini disebarkan agar rakyat jelata tunduk kepada kuasa individu ini. Ada juga individu yang mengakui menerima ilham tuhan melalui mimpi. Mitos mimpi ini dijadikan penguatkuasa agar individu dilantik menjadi ketua atau bomoh.
Pada zaman kanak-kanak dalam semua budaya bangsa, individu akan membesar dengan menerima dan menghayati pelbagai mitos. Ketika membesar, kanak-kanak masih suci dan bersih, lalu mereka menerima mitos sebagai sumber kebenaran.
Santa Klaus dalam budaya Eropah dipercayai wujud dan bertugas menghantar hadiah kepada kanak-kanak pada malam perayaaan hari Krismas. Mitos khusus untuk kanak-kanak ini diharapkan akan menambahkan keceriaaan suasana berpesta di musim sejuk.
Semua mitos ini berbeza dengan hak keistimewaan dan ketuanan Melayu. Mitos Melayu ini diwujudkan bukan untuk kanak-kanak bersuka ria menyambut Hari Raya. Atau untuk manusia Melayu berkenduri memotong kambing. Mitos hak keistimewaan dan ketuanan Melayu ini diwujudkan sebagai agenda politik.
Justeru, kerana mitos ini dijadikan agenda politik maka parti yang mempropagandakan mitos ini kelihatan lompong, cetek dan tidak bermutu.
Bomoh Umno hilang peranan
Dalam organisasi moden, badan-badan politik didirikan berdasarkan pegangan falsafah dan ideologi. Parti sosialis memperjungkan ideologi kesamaratan agihan ekonomi. Parti-parti komunis memperjuangkan kepentinagn kaum buruh dan tani. Parti sosial demokrat memperjuangkan cita-cita demokrasi. Parti agama memperjungkan falsafah dan cita-cita agama.
Hanya Umno - sebagai sebuah parti politik moden - di dunia hari ini yang berjuang berdasarkan mitos.
Untuk beberapa ketika sesudah kemerdekaan negara, mitos hak keistimewaan dan ketuanan Melayu ini kelihatan 'dibeli dan dipakai' oleh orang Melayu. Keadaan ini wujud kerana manusia Melayu masih lagi berada di zaman-zaman 'kanak-kanak' - senang mempercayai mitos-mitos yang ditaburkan.
Selama 43 tahun Umno menggunakan mitos ini untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Propaganda Umno telah berjaya menaburkan 'ketakutan' ke dalam jiwa manusia Melayu. Seperti mitos hantu, jin dan jembalang yang digunakan oleh bomoh-bomoh, mitos hak keistimewaan dan ketuanan Melayu digunakan oleh bomoh-bomoh Umno untuk menakut-nakutkan manusia Melayu.
Ketakutan ini bergerak di bawah sedar dan ia tidak dinilai dengan ilmu pengetahuan yang rasional serta ilmiah. Strategi Umno ialah menghalang manusia Melayu daripada menggarap fikiran rasional dan ilmiah. Jika manusia Melayu menjadi rasional dan berfikiran ilmiah, maka mereka akan menjadi berani berfikiran bebas dan dengan sendirinya bomoh-bomoh Umno akan hilang peranan.
Justeru manusia Melayu terus ditakut-takutkan dengan 'hantu' orang Cina yang akan menguasai bumi Melayu ini. Manusia Melayu juga ditakut-takukan bahawa ketuanan mereka akan hilang jika mereka tidak menyokong Umno.
Semua ini adalah mitos. Manusia Melayu sebagai satu kelompok kaum tidak pernah mempunyai apa-apa hak keistimewaan. Hak-hak istimewa hanya dimiliki oleh kelas yang memerintah. Ia adalah satu hakikat dan bukan satu mitos. Hanya kelas yang berkuasa mempunyai hak keistimewaan. Memiliki kuasa bermakna menjana keistimewaaan dalam sistem politik yang wujud hari ini.
Kelas yang memerintah bukan dimonopoli oleh seluruh manusia Melayu kerana di belakang kelas ini wujud cukong-cukong Cina, India dan kapitalis birokrat Melayu. Kaum-kaum pemodal ini bersekongkol pula dengan permodal luar negara untuk menjaga kepentingan serta keuntungan modal dan perniagaan mereka.
Ketuanan wajib dinobatkan
Kaum pemodal inilah yang mempunyai hak keistimewaan. Ini bukan mitos; ia adalah hakikat dalam sistem ekonomi kapitalis.
Justeru ketuanan Melayu yang 'dihuha-huhakan' itu adalah lompong. Yang menjadi tuan di negara ini ialah kaum pemodal yang memiliki harta kekayaan. Mereka ini terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Ia adalah kenyataan yang hakiki dan bukan mitos.
Hari ini manusia Melayu telah mendewasa bersama budaya politik mereka. Kesedaran telah muncul, seperti kanak-kanak yang mendewasa dan semakin sedar bahawa Puteri Gunung Ledang atau Santa Klaus tidak wujud.
Kesedaran ini wajib diperkukuhkan lagi. Memang ada hak keistimewaan dan ketuanan wajib diperjungkan untuk dijadikan falsafah dan ideologi politik. Hak keistimewaan ini ialah hak kaum buruh, hak kaum pekerja dan kaum tani. Hak keistimewaan wajib dilembagakan untuk golongan miskin tanpa mengira bangsa, agama atau cara hidup.
Ketuanan yang wajib dinobatkan untuk menjadi dasar perjuangan negara ialah ketuanan rakyat dan bukan ketuanan Melayu. Ketuanan rakyat wajib dijadikan falsafah dan ideologi perjuangan partiparti politik.
Kaum buruh, kaum pekerja dan kaum tani yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara ini wajib menjadi tuan. Orang ramai wajib menolak ketuanan kaum pemodal birokrat, kaki kontrak, kroni-kroni dan cukong-cukong Cina yang sedang menjarah negara ini.
Manusia Melayu wajib menolak mitos ciptaan Umno kerana penolakan ini akan membebaskan jiwa dan minda mereka. Orang Melayu wajib menjadi manusia yang bebas daripada cengkaman mentaliti subsidi dan ihsan yang selama ini dibudayakan oleh Umno.
Permulaan kebebasan individu ialah membebaskan jiwa mereka daripada segala macam mitos yang antiilmu dan tidak ilmiah.
Masyarakat moden begerak tanpa mitos, tahyul, jin, hantu, polong dan khurafat. Manusia Melayu adalah sedarjat dengan bangsa-bansa lain di dunia ini. Keupayaan manusia Melayu untuk berfikir dan bertindak sama dengan bangsa-bangsa lain.
Mitos-mitos Umno ini hanya memberatkan perjalanan tamadun Melayu untuk menjadi maju, progresif dan ilmiah.

View Comments0