Pemuda India dalam AMPKR sokong Nalla
Muda Mohd NoorDiterbitkan: Mar 24, 2007 8:18 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Pemuda India dalam Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMPKR)memberikan sokongan sebulat suara kepada Datuk S Nallakarupan untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam kongres nasional di Seremban, Mei ini.

Naib Ketua AMPKR, S Manikavasagam berkata, sokongan tersebut berdasarkan bukti pencapaian dan perubahan yang telah Nalla lakukan sepanjang enam bulan menyertai PKR.
Mereka menyatakan sokongan ini dalam satu sidang media yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemuda India AMPKR di ibu negara petang semalam yang dihadiri wakil Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.
Manikavasagam berkata, sokongan tersebut dibuat berdasarkan bukti pencapaian dan perubahan yang telah Nallakarupan lakukan sepanjang enam bulan menyertai PKR.
"Kemasukan beramai-ramai ini (masyarakat India menyertai PKR) bakal mengugat MIC dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.
Beri peluang
Bagaimanapun, katanya ini bukan bermakna pemuda India dalam AMPKR menolak sumbangan pemimpin India lain dalam PKR tetapi kali ini mahu memberi peluang kepada Nallakarupan menjadi pemimpin utama kaum India dalam parti itu.
Seorang Exco AMPKR, S Maniselvam yang hadir sama dalam sidang media tersebut berkata, lebih 10,000 masyarakat India telah menyertai PKR sejak Nallakarupan menjadi ahli parti pada Ogos tahun lalu
"Ramai lagi akan menyusul dan ini akan memberi kesan kepada parti dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.
Untuk itu beliau berharap Nallakarupan akan membawa lebih ramai kaum India menyertai PKR dalam masa terdekat ini.
Di majlis tersebut mereka turut menyatakan sokongan kepada Sivarasa bekas timbalan ketua wanita, Irene Fernandez, ketua bahagian Kelang P. Krisnamoorthy dan Manikavasagam untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.
Naib Ketua AMPKR, S Manikavasagam berkata, sokongan tersebut berdasarkan bukti pencapaian dan perubahan yang telah Nalla lakukan sepanjang enam bulan menyertai PKR. Mereka menyatakan sokongan ini dalam satu sidang media yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemuda India AMPKR di ibu negara petang semalam yang dihadiri wakil Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.