Suhakam: Polis guna kekerasan melampau
Andrew OngPublished: Mar 23, 2007 9:48 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merumuskan bahawa polis telah menggunakan 'kekerasan yang melampau' terhadap 10 individu sewaktu meleraikan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di KLCC pada 28 Mei lalu.

Menurut laporan panel tersebut, tahap keterukan kecederaan yang dialami oleh mangsa berbeza, dari kecederaan lebam kepada enam jahitan di kepala.
Siasatan tersebut dijalankan selama sebulan Oktober tahun lalu selepas menerima aduan daripada mangsa dan badan masyarakat mengenai perilaku polis, terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) pada hari berkenaan.
Anggota panel tersebut termasuk Datuk Zaitoon Othman, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Dr Michael Yeoh dan ketuai oleh Datuk KC Vohrah. Panel tersebut mengumumkan hasil siasatan tersebut di ibupejabat Suhakam di Kuala Lumpur pagi ini.
Pada 31 Mei lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Bakri Omar menafikan dakwaan bahawa polis bertindak ganas dan menegaskan bahawa hanya "tindakan minima" digunakan terhadap mereka yang menyertai demonstrasi itu.
Bakri juga mempertahankan tindakan anggota polis di tempat kejadian pada hari berkenaan.
Dicam secara positif
Berdasarkan kepada bukti rakaman video dan pengecaman oleh seorang saksi polis, panel tersebut telah mengenalpasti secara positif Lans Koperal Mustika Lambonding sebagai anggota polis yang telah menggunakan kekerasan yang melampau terhadap Lee Huat Seng.
Menurut laporan itu lagi, rakaman video itu menunjukkan seorang anggota polis telah menghayun sebatang cota dan mengenai Lee.
Menurut panel itu, seorang mangsa, Lim Ban Teng, telah patah ibu jari sewaktu kejadian tersebut. Laporan itu mengingatkan bahawa seseorang yang menyebabkan kecederaan boleh didakwa bagi kesalahan melakukan kecederaan teruk di bawah Kanum Keseksaan.
Panel tersebut bagaimanapun tidak dapat membuat kesimpulan yang konklusif mengenai anggota yang bertanggung menyebabkan kecederaan terhadap Zahir Hassan kerana buktikan yang dikemukan adalah dalam bentuk foto cetak.
Zahir, seorang ahli politik pembangkang, telah malaysiakini sebelum ini bahawa beliau telah disepak berkali-kali oleh beberapa angota polis pencegah rasuah ketika dia beredar dari tempat demonstrasi.
Mengenai kes-kes lain yang membabitkan kekerasan melampau yang digunakan oleh pihak polis, panel tersebut mengesyorkan pihak polis menjalankan siasatan dalaman untuk menentukan anggota yang terbabit serta mengambil tindakan disiplin terhadap mereka.
Menurut panel itu berkata jika dirasakan perlu, pihak polis patut mengesyorkan kepada pendakwaraya supaya mengambil tindakan selanjutnya. Berita asal

View Comments0