Perbicaraan semula ISA 6' bermula Khamis ini
Wong Yeen FernPublished: Mar 13, 2007 8:06 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan tanpa melepaskan seorang daripada tujuh pelajar universiti yang didakwa terbabit dalam perhimpunan haram di Masjid Negara pada Jun 2001.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pihak polis gagal mengesan defenden kelima, Wan Mohd Sanusi Wan Mohd Noor di alamat rumahnya untuk menyerahkan notis untuk hadir pada hari ini.
Perkara yang sama berlaku November lalu apabila Mohd Sanusi mendakwa beliau tidak menerima notis untuk hadir di mahkamah.
Baki enam daripada 'ISA 7' itu hadir hari ini untuk menghadiri perbicaraan semula yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan membebaskan mereka pada April 2005.
Majistret Azniza Mohd Ali membenarkan permohonan Timbalan Pendakwaraya Mohd Abazafree untuk meneruskan ke peringkat pembelaan. Ini akan didengar Khamis ini.
Defenden terbabit Nik Norhafizi Nik Ibrahim, Zulkefle Idris, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Rafzan Ramli, Helman Sanuddin dan Khairul Amal Mahmud masing-masing dibenarkan ikatjamin RM2,500.
Mereka diwakili oleh peguam Latheefa Koya, Edmund Bon, Amer Hamzah dan Zulkifli Omar.
Mereka dituduh mengambil bahagian dalam satu perhimpunan di Masjid Negara pada 8 Jun 2001 kerana membantah penahanan 10 pemimpin reformasi.
Selepas ditahan, pelajar terbabit tidak dibenarkan mengikut kelas di universiti masing-masing Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Perbicaraan itu mengambil masa dua tahun untuk diselesaikan kerana kerap ditangguhkan. Berita asal

View Comments0