Kes Perwaja: Keterangan di Jepun tidak boleh diterima
Published: Mar 1, 2007 8:50 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pihak pendakwaan tidak boleh memasukkan keterangan lima saksi yang direkodkan di Jepun dalam perbicaraan kes pecah amanah Tan Sri Eric Chia.
Kes Perwaja: Keterangan di Jepun tidak boleh diterima
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan tidak boleh memasukkan keterangan lima saksi yang direkodkan di Jepun dalam perbicaraan kes pecah amanah RM76.4 juta membabitkan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia.

Hakim Akhtar Tahir berkata keterangan yang dikumpul untuk dimasukkan oleh pendakwaan mengikut Seksyen 8 (3) Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Macma) tidak memenuhi keperluan mengikut Akta Keterangan dan Kanun Prosedur Jenayah.
Keterangan dari Jepun itu amat mustahak kepada pendakwaan dalam usaha membuktikan dakwaan pergerakan wang RM76.4 juta mempunyai kaitan dengan Chia (foto) terhadap kesalahan menyalahgunakan dana Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd pada 19 Februari 1994.
Pada 2004, mahkamah yang sama menolak permohonan pendakwaan untuk memasukkan keterangan lima saksi yang diambil di Mahkamah Majistret Hong Kong setahun sebelum itu.
Dalam keputusannya hari ini, Akhtar berkata, adalah jelas keterangan daripada saksi yang direkodkan pada 27 Jun 2005, dalam bentuk soalan dan jawapan, dan perkara ini disahkan oleh saksi ke-23 pendakwaan,
pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Han Chee Rull.
Beliau berkata soalan dikemukakan oleh Pendakwaraya dari Jepun, Akira Okamoto, dan Timbalan Pendakwaraya dari Malaysia, Tun Majid Tun Hamzah serta Nordin Hassan dan peguambela Datuk Muhammad Shafee Abdullah, dibenarkan bertanya soalan tambahan menerusi Pendakwaraya berkenaan.
Fungsi perundangan
"Pada akhir seluruh kenyataan, saksi-saksi menandatangani kenyataan itu. Daripada kenyataan yang dihimpunkan, jelas bahawa kenyataan saksi direkodkan di Pejabat Pendakwa Daerah Tokyo. Di bawah keadaan ini, walau bagaimanapun gambaran yang diberikan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa
kenyataan ini direkodkan oleh mahkamah," kata Akhtar.
Tambahan pula, beliau berkata Pendakwaraya di sini tidak melaksanakan fungsi perundangan, malah beliau hanya bertindak sebagai seorang pemudahcara dalam menyoal dan merekodkan jawapan daripada saksi serta
menghimpunkannya.
Memandangkan kenyataan berkenaan tidak direkodkan dalam mahkamah, Akhtar berkata peraturan menetapkan bahawa kenyataan harus direkodkan dalam bentuk afidavit.
Bagaimanapun, beliau berkata kenyataan yang direkodkan dari lima saksi Jepun pastinya bukan dalam bentuk afidavit dan tiada satupun daripada keperluan Seksyen 36 peraturan berhubung bentuk afidavit yang dipatuhi.
"Pendakwaan mengakui bahawa keperluan dalam seksyen 6 peraturan berkenaan tidak dipatuhi. Tiada alasan atau justifikasi yang diberikan bagi ketidakpatuhan ini. Malah DPP yang hadir ketika kenyataan itu direkodkan tidak membawa kepada perhatian pendakwaraya mengenai peruntukan dalam peraturan itu," katanya.
Selanjutnya, Akhtar berkata dengan mempertimbangkan Seksyen 6 dan Seksyen 36 peraturan berkenaan, semakin jelas bahawa apa yang ditekankan oleh peraturan itu adalah sebarang kenyataan perlu diberikan dengan bersumpah dan ikrar, atau sekurang-kurangnya perlu ada amaran atau peringatan kepada pembuat kenyataan itu bahawa dia perlu menyatakan perkara yang benar.
Tidak diberi peringatan
"Tiada sumpah dan ikrar yang diambil oleh pembuat kenyataan dalam kes ini, mereka juga tidak diberi amaran atau peringatan. Malah, Pendakwaraya juga tidak menunjukkan bahawa orang yang merekodkan kenyataan ini diberikan kuasa di bawah undang-undang Jepun untuk mentadbir sesuatu sumpah atau
amaran atau peringatan kepada pembuat kenyataan ini," katanya.
Selepas itu, pihak pendakwaan menerusi Han, saksinya yang ke-23, mengemukakan nota asal prosiding yang direkodkan di Geneva dan Zurich masing-masing pada 9 dan 10 November 2004 dan terjemahan prosiding itu di hadapan Akhtar.
Prosiding Geneva yang diadakan di Mahkamah Majistret Geneva direkodkan dalam bahasa Perancis manakala yang lainnya direkodkan di Jerman di Mahkamah Majistret Zurich oleh dua Mahkamah Pemeriksa.
Muhammad Shafee kemudian membantah nota prosiding dan versi terjemahan dikemukakan sebagai bahan bukti memandangkan beliau dimaklumkan dalam masa yang singkat mengenai prosiding di Geneva dan Zurich, dan tidak diberikan hak pengesahan untuk hadir di kedua-dua mahkamah itu serta menafikan haknya
untuk menyoal balas saksi.
Akhtar menetapkan 12 Mac dan 21-23 Mac untuk meneruskan perbicaraan.
Chia, 72, menghadapi tuduhan alternatif dengan curangnya melupuskan dana syarikat dengan menandatangani perjanjian dengan NKK Corporation dan meluluskan pembayaran RM76.4 juta ke akaun Frilsham Enterprise Inc dengan American Express Bank Ltd, Hong Kong, tanpa persetujuan lembaga pengarah Perwaja Rolling Mill and Development.
Kes Perwaja: Keterangan di Jepun tidak boleh diterima
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan tidak boleh memasukkan keterangan lima saksi yang direkodkan di Jepun dalam perbicaraan kes pecah amanah RM76.4 juta membabitkan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia.
Hakim Akhtar Tahir berkata keterangan yang dikumpul untuk dimasukkan oleh pendakwaan mengikut Seksyen 8 (3) Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Macma) tidak memenuhi keperluan mengikut Akta Keterangan dan Kanun Prosedur Jenayah.
Keterangan dari Jepun itu amat mustahak kepada pendakwaan dalam usaha membuktikan dakwaan pergerakan wang RM76.4 juta mempunyai kaitan dengan Chia (foto) terhadap kesalahan menyalahgunakan dana Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd pada 19 Februari 1994. Pada 2004, mahkamah yang sama menolak permohonan pendakwaan untuk memasukkan keterangan lima saksi yang diambil di Mahkamah Majistret Hong Kong setahun sebelum itu.

View Comments0