Isu kaum: Parti Sosialis puji BA
R NavanithamPublished: Jan 9, 2001 10:50 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini memuji sikap terbuka yang ditunjukkan oleh parti-parti pembangkang utama terhadap isu perkauman yang berbangkit sejak kebelakangan ini.
"PSM sedar ada parti-parti pembangkang yang masih terikut-ikut rentak perkauman tetapi kenyataan pemimpin Barisan Alternatif akhir-akhir ini membayangkan kesedian untuk sikap ke arah masyarakat yang lebih terbuka, liberal dan progresif," kata pengerusi jawatankuasa penaja parti itu Dr Mohd Nasir Hasim kepada malaysiakini.
Parti itu juga menyokong sikap beberapa parti pembangkang yang ingin perbincangan diadakan untuk perpaduan antara kaum. Semalam, malaysiakini melaporkan kenyataan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr Syed Husin Ali yang menggesa perbincangan antara Umno, PAS dan Parti Keadilan Nasional dikembangkan menjadi pertemuan untuk perpaduan nasional.
"Dengan ini PSM sekali lagi mengharapkan pemimpin BA supaya berbincang secara terbuka dengan mana-mana parti, termasuk Barisan Nasional dalam konteks perpaduan kaum dan perjuangan golongan miskin dan tertindas," kata Mohd Nasir.
PSM berkata walau tidak menganggotai pakatan pembangkang itu tetapi mereka menyambut baik sikap penyokong pembangkang yang berbilang kaum yang tidak lagi menyimpan syak wasangka sesama sendiri.
Mohd Nasir turut mengkritik taktik perkauman yang digunakan oleh Umno bagi meraih kembali sokongan Melayu selepas menerima kekalahan di banyak tempat dalam pilihanraya umum 1999.
"Tidakkah pemimpin Barisan Nasional sedar bahawa perkauman tidak akan menjadi penyelesaian untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang?"katanya.
Beliau mendakwa Umno sentiasa mencari jalan keluar daripada masalah parti itu dengan mengubah pandangan rakyat kepada perkara remeh-temeh yang diperbesarkan oleh media massa.
PSM juga mendakwa tempoh pemerintahan BN sudah "tidak lama" apabila taktik perkauman mereka yang digunakan untuk menutup penyelewengan kerajaan itu telah semakin disedari oleh penyokong BA dan orang ramai.
Mohd Nasir bagaimanapun berharap pemimpin parti-parti pembangkang mengamalkan ketelusan ketika membuat dan melaksanakan keputusan agar dapat membezakan perjuangan mereka dengan kerajaan BN.

View Comments0