Permohonan Ooi batalkan saman NSTP didengar 6 Mac
Published: Jan 30, 2007 12:10 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Blogger Jeff Ooi perlu menarik balik 13 posting dalam blognya Screenshots sementara menunggu kes perbicaraannya didengar berkaitan dengan saman New Straits Times Press (NSTP) terhadapnya.

Peguam bagi pihak NSTP, Cecil Abraham memberitahu demikian selepas menemui Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dalam kamarnya di Mahkamah Tinggi Sivil di Wisma Denmark, Kuala Lumpur pagi ini.
Seorang lagi peguam NSTP, Sunil Abraham, memberitahu wartawan bahawa kedua belah pihak telah bersetuju untuk tidak menyiarkan apa-apa yang mungkin prejudis teradap kes tersebut.
Peguam Haris Ibrahim yang mewakili Ooi (foto), memberitahu malaysiakini bahawa hakim akan mendengar permohonan untuk membatalkan saman NSTP terhadap Ooi pada 6 Mac depan.
Katanya, jika permohonan tersebut berjaya, maka saman NSTP terhadap Ooi akan digugurkan dan tiada lagi injunksi yang perlu dibatalkan.
Lebih 20 orang penyokong Ooi hadir di mahkamah termasuk blogger Ahirudin Attan, Marina Mahathir, Nuraina Samad dan Syed Azidi Al-Bukhary (yang lebih dikenali sebagai Sheih).
Peguam bagi pihak NSTP, Cecil Abraham memberitahu demikian selepas menemui Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dalam kamarnya di Mahkamah Tinggi Sivil di Wisma Denmark, Kuala Lumpur pagi ini.
Seorang lagi peguam NSTP, Sunil Abraham, memberitahu wartawan bahawa kedua belah pihak telah bersetuju untuk tidak menyiarkan apa-apa yang mungkin prejudis teradap kes tersebut.
Peguam Haris Ibrahim yang mewakili Ooi (foto), memberitahu malaysiakini bahawa hakim akan mendengar permohonan untuk membatalkan saman NSTP terhadap Ooi pada 6 Mac depan. Katanya, jika permohonan tersebut berjaya, maka saman NSTP terhadap Ooi akan digugurkan dan tiada lagi injunksi yang perlu dibatalkan.

View Comments0