Keng Yaik dan Samy Vellu digesa henti sikap lepas tangan
Published: Jan 22, 2007 5:13 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik dan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Samy Vellu digesa supaya menghenti bersikap'lepas tangan' dan sebaliknya mendapatkan kebenaran Kabinet supaya perjanjian dan dokumen yang relevan berkaitan dengan pengswastaan air dan lebuhraya, diumumkan kepada rakyat.
Sebaliknya, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mahu mereka mendapatkan kebenaran Kabinet agar perjanjian dan dokumen mengenai pengswastaan air dan lebuhraya, diumumkan kepada rakyat.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik dan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Samy Vellu digesa supaya menghenti bersikap'lepas tangan' dan sebaliknya mendapatkan kebenaran Kabinet supaya perjanjian dan dokumen yang relevan berkaitan dengan pengswastaan air dan lebuhraya, diumumkan kepada rakyat.
Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata, Rabu lalu, Dr Lim berkata terpulang kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada hendak mengumumkan perjanjian konsesi air dan akaun Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diaudit yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Sebelum ini, pada 9 Januari, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu berkata kabinet telah memberi lampu hijau untuk syarikat konsesi lebuhraya menndedahkan butiran mengenai kutipan tol dan jumlah lalulintas.
"Katanya, beliau akan membangkitkan perkara itu kepada Kabinet sama ada mahu membenarkan syarikat konsesi lebuhraya mengumumkan angka-angkanya dan menambah, jika kabinet bersetuju, 'kita akan minta syarikat terbabit mengumumkan butir terperincinya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mengemukakan empat soalan. Pertama, mengapa perjanjian dan dokumen penswastaan terus dirahsiakan dan menafikan Parlimen, rakyat Malaysia dan masyarakat sivil untuk menelitinya jika pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi benar-benar percaya kepada akauntabiliti, ketelusan, integriti dan urustadbir yang baik.
'Dedah pada umum'
Kedua, Lim bertanya, apakah Keng Yaik dan Samy Vellu telah membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat Kabinet, kerana tiada guna mereka berkata Kabinet mesti memutuskan isu tersebut, jika ia tidak membawa isu itu ke kabinet untu dibincangkan.
Ketiga,tegas Lim, sebagai menteri yang masing-masing bertanggungjawab terhadap soal air dan lebuhraya, apakah pendirian Keng Yaik dan Samy Vellu mengenai gesaan supaya data, dokumen dan kontrak penswastaan didedahkan kepada umum sama ada Keng Yaik dan Samy secara individu menyokong atau membantahnya.
Katanya, tiada guna bagi Keng Yaik dan Samy Vellu bersikap lepas tangan dan menyerahkan keputusan akhirnya kepada Kabinet sedangkan mereka adalah menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadapnya secara langsung.
Soalan keempat, kata Lim, mengapakah Keng Yaik berdolak-dalik dengan mengatakan perjanjian konsesi dengan Syarikat Bekalan Air Selangor dibawa Akta Rahsia Rasmi (OSA), sedangkan dalam salah satu dialognya dengan Gabungan Menentang Pengswastaan Air (CAWP) pertengahan tahun lalu, mengenai Rang Undang-undang Industri Perkhidmatan Air, beliau secara khusus menyatakan perjanjian konsesi Syabas tidak tertakluk kepada OSA?
Sehubungan itu, Lim menggesa Keng Yaik dan Samy Vellu supaya berhenti sikap 'lepas tangan' dan melepaskan isu tersebut kepada mesyuarat Kabinet.

View Comments0