Debat: Pemuda PAS cadang lima tarikh
Ein AzmiPublished: Jan 8, 2001 2:08 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Pemuda PAS hari ini mengemukakan lima tarikh program debat berhubung hak istimewa Melayu untuk dipertimbangkan Pemuda Umno walau Timbalan Perdana Menteri menggesa ia dibatalkan.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhujah pembatalan itu perlu bagi memastikan kejayaan pertemuan mengenai perpaduan Melayu antara pemimpin tertinggi Umno, PAS dan Parti Keadilan Nasional.
Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar mencadangkan program itu diadakan pada satu tarikh sama ada 20 Januari atau 3, 11, 17 dan 24 Februari pada jam 8 malam.
Bagaimanapun, cadangan itu boleh diubah oleh Pemuda Umno antara tempoh 13 Januari hingga 24 Februari depan seperti saranan yang telah dikemukakan oleh pengerusi debat Profesor Diraja Ungku Aziz sebelum ini, katanya dalam satu surat yang dihantar hari ini kepada Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein.
"Saya berpendapat bahawa debat ini tidak akan membawa perpecahan kepada orang Melayu kerana ia merupakan perdebatan ilmiah yang berdasarkan fakta dan bukti tepat dan nyata," kata Mahfuz, menolak pandangan sebilangan pemimpin Umno bahawa langkah itu boleh membawa perpecahan di kalangan orang Melayu.
Apabila dihubungi malaysiakini tengahari ini, Mahfuz turut mengulas gesaan Abdullah, juga dikenali Pak Lah, itu.
"Kenyataan Pak Lah tidak wajar sebab bercanggah dengan (pandangan) Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sejak awal (lagi) bersetuju (Pemuda Umno) berdebat," jelas Mahfuz.
Beliau mendakwa gesaan itu seolah-olah memperlekeh-lekehkan keupayaan Pemuda Umno dan menidakkan keupayaan Hishamuddin untuk berdebat.
Abdullah dilaporkan berkata pertemuan tiga parti yang dikuasai Melayu itu lebih mustahak daripada berdebat kerana program itu boleh menimbulkan bermacam-macam perkara dan kedua-dua pihak akan bertegang leher menegakkan pendirian masing-masing.
"Kenyataan ini juga (seolah-olah) melihat Pak Ungku Aziz tidak berupaya mengendalikan debat dalam suasana intelektual dan matang," ujar Mahfuz.
Ungku Aziz telah dipilih sebagai pengerusi program itu yang dijangkakan diadakan selama 150 minit dengan enam pusingan di tempat yang belum ditetapkan.
Tidak wajar timbang pembatalan
Dalam suratnya itu, pemimpin pembangkang itu yakin program itu akan berlangsung dalam suasana aman dan tertib.
Mahfuz berharap persetujuan untuk berdebat itu dikekalkan dan disegerakan seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pergerakan itu sejak September tahun lalu.
Beliau menegaskan Pemuda Umno tidak wajar mempertimbangkan gesaan Abdullah itu dan berharap pergerakan itu dapat membuat keputusan sendiri.
"Perbezaan (pemikiran) adalah sifat pemuda. Pemuda Umno tidak seharusnya bergantung kepada orang lain. (Sifat bergantung) ini adalah satu (perkembangan) tidak baik kepada generasi muda hari ini," kata Mahfuz lagi, sambil menggesa pergerakan itu menyambut slogan 'Malaysia Boleh'seperti dilaung-laungkan.
Hishamuddin dilaporkan telah menerima baik nasihat Abdullah itu dan akan merujuk exco pergerakan itu sebelum membuat keputusan muktamad.
"Kita akan buat beberapa persiapan dan kita bincangkan dalam mesyuarat exco Pemuda nanti," jelas Hishamuddin seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Bagaimanapun Mahfuz menegaskan penolakan untuk berdebat akan menjejaskan maruah dan masa depan Pemuda Umno.

View Comments0