PLKN: Ibubapa diminta beri maklumat yang betul
Diterbitkan: Jan 20, 2007 5:28 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Ibubapa pelatih pusat latihan khidmat negara (PLKN) diminta memastikan laporan kesihatan anak-anak mereka betul dan benar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Tan Sri Lee Lam Thye tidak menolak kemungkinan ada pelatih yang terlalu ghairah untuk menyertai program itu, tidak mengisi borang kesihatan dengan betul dan boleh menimbulkan kes kecemasan dan mengakibatkan kematian.
"(Pelatih diminta) jangan sembunyikan apa-apa perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka...borang kesihatan ini adalah penting," katanya kepada Bernama hari ini.
Mulai tahun ini, katanya, ibu bapa dimestikan memperakui laporan kesihatan anak mereka agar mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan sahaja dibenarkan mengikuti program tersebut.
Ini, katanya, bagi mengelakkan perkara tidak diingini semasa latihan seperti berlaku ke atas seorang pelatih baru-baru ini. Peserta PLKN Kem Ayer Keroh, Melaka Ili Ameera Azlan, 17, meninggal dunia Khamis lalu akibat sesak nafas.
Dalam borang perakuan kesihatan PLKN, para pelatih perlu menjawab sama ada mereka menghidap 25 jenis penyakit termasuk lelah, kekerapan sakit tekak melebihi enam kali setahun, batuk kering, gastrik, sawan dan demam serta sakit sendi.
Untuk pelatih wanita pula, ditambah lima lagi jenis penyakit termasuk masalah haid, penyakit puan serta mengandung, katanya.
Najib akan umumkan
"Apabila pelatih isi borang, mereka diberitahu supaya ikhlas dan jujur dalam mengisinya, dan selepas itu ibu bapa perlu memperakuinya," kata Lee.
Lee berkata, jika salah satu dari jenis penyakit yang disenaraikan ditanda "ya" oleh pelatih, mereka perlu menjalani pemeriksaan perubatan selanjutnya di klinik kesihatan kerajaan atau hospital angkatan tentera.
Mereka yang didapati tidak sihat oleh pegawai perubatan kerajaan boleh dikecualikan dari menjalani latihan tersebut.
Mengenai kes Ili Ameera, Lee berkata pihaknya masih menunggu laporan Jabatan Kesihatan Melaka.
Bagaimanapun, kata Lee, bedah siasat telah dijalankan oleh Hospital Melaka dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab ke atas program ini akan membuat kenyataan selepas mendapat laporan penuh mengenai kejadian itu.
Beliau turut semua komandan kem beserta kakitangan PLKN supaya lebih peka kepada kebajikan pelatih mereka, malah perlu sentiasa mempraktik dan mematuhi empat perkara di bawah arahan pentadbiran yang telah diedarkan kepada semua kem oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara.
Empat perkara itu meliputi pengawasan ke atas kesihatan dan kebersihan kem; pengendalian pelatih yang sakit atau cedera; menangani kes disiplin di kalangan staf pengurusan dan jurulatih; dan pengawasan ke atas pelatih di luar waktu latihan.