Polis berlembut tangani protes
Andrew OngDiterbitkan: Jan 12, 2007 6:17 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Apakah pihak polis kini telah mengubah pendekatannya dengan bersikap berlembut ketika menangai protes yang diadakan secara aman?
Apakah pihak polis kini telah mengubah pendekatannya dengan bersikap berlembut ketika menangai protes yang diadakan secara aman?
Pada masa lalu, protes seumpama itu akan berakhir dengan tembakan meriam air dan pukulan cota, sepertimana yang berlaku sewaktu bantahan kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur pada 28 Mei tahun lalu.
Kejadian itu yang turut dikenali sebagai insiden 'Ahad Berdarah' (foto) menyaksikan beberapa peserta protes itu mengalami cedera parah selepas dibelasah oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Ekoran itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah mengadakan siasatan awam terhadap insiden tersebut dan laporan mengenainya dijangka diumumkan tidak lama lagi.
Tetapi nampaknya seperti ada angin perubahan dalam pasukan polis, terutama sejak Tan Sri Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara September lalu. Dan buktinya dalam dilihat sewaktu protes membantah kenaikan harga tol berlangsung di Sunway Pyramid Ahad lalu.
Ribuan orang berhimpun di luar gedung membelibelah Sunway untuk menyatakan kekecewaan mereka tetapi anggota polis hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka.
Pendekatan berbeza
Malaysiakini meneliti perbezaan sikap polis sewaktu insiden Ahad Berdarah dengan sewaktu perhimpunan membantah kenaikan kadar tol hujung minggu lalu, walaupun jumlah anggota polis lebih ramai daripada 28 Mei lalu.
Dalam kedua-dua kejadian tersebut, pihak polis membawa trak meriam air, anjing, kuda, gas pemedih mata serta lengkap bersenjata, manakala mereka yang menyertai bantahan itu hanya membawa sepanduk dan kain rintang.
Paling jelas lagi ialah kehadiran kira-kira 20 anggota FRU wanita sewaktu protes diadakan di Sunway.
Sewaktu insiden Ahad Berdarah, polis juga menggunakan helikopter yang terbang rendah untuk menakut-nakutkan orang ramai di situ. Sebaliknya, Ahad lalu, helikopter polis hanya dilihat berlegar di kawasan tersebut, selepas perhimpunan bersurai.
Pada 28 Mei, pegawai polis memberi arahan dan mengancam akan bertindak terhadap peserta protes tersebut. Apabila mereka enggan bersurai, meriam air digunakan serta dipukul dengan cota. Hampir 20 orang, termasuk wanita, ditahan.
Polis bersopan
Ahad lalu, para pegawai polis menggunakan cara yang bersopan dan kedengaran menggunakan istilah 'tolonglah'. Peserta protes itu juga dibenarkan bersurai sendiri selepas dua jam menyuarakan bantahan mereka terhadap kenaikan kadar tol.
Tiada seorang pun yang ditahan atau tercedera dan sikap polis tersebut turut dipuji oleh pihak penganjur protes itu, mereka yang menyertainya sertai para pemerhati di situ.
Seorang pemerhati berkata, begitulah sepatutnya pihak polis menangani protes yang diadakan secara aman.
"Tidak ada sebab untuk menggunakan kekerasan apabila menangani protes aman. Berbanding dengan insiden Ahad Berdarah, yang ini boleh disifatkan sebagai 'Ahad yang Ceria'," katanya.
Di samping itu, katanya, kemungkinan tempatan protes itu diadakan juga turut menjadi faktor penyumbangnya.
"Jika ianya kawasan yang sensitif, seperti Menara Berkembar atau Putraya, maka polis pun turut sensitif. Mereka mungkin bertindak keras untuk meleraikan protes," katanya. Berita asal
Pada masa lalu, protes seumpama itu akan berakhir dengan tembakan meriam air dan pukulan cota, sepertimana yang berlaku sewaktu bantahan kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur pada 28 Mei tahun lalu.
Kejadian itu yang turut dikenali sebagai insiden 'Ahad Berdarah' (foto) menyaksikan beberapa peserta protes itu mengalami cedera parah selepas dibelasah oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Ekoran itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah mengadakan siasatan awam terhadap insiden tersebut dan laporan mengenainya dijangka diumumkan tidak lama lagi.
Tetapi nampaknya seperti ada angin perubahan dalam pasukan polis, terutama sejak Tan Sri Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara September lalu. Dan buktinya dalam dilihat sewaktu protes membantah kenaikan harga tol berlangsung di Sunway Pyramid Ahad lalu. Ribuan orang berhimpun di luar gedung membelibelah Sunway untuk menyatakan kekecewaan mereka tetapi anggota polis hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka.
Pendekatan berbeza Malaysiakini meneliti perbezaan sikap polis sewaktu insiden Ahad Berdarah dengan sewaktu perhimpunan membantah kenaikan kadar tol hujung minggu lalu, walaupun jumlah anggota polis lebih ramai daripada 28 Mei lalu.
Dalam kedua-dua kejadian tersebut, pihak polis membawa trak meriam air, anjing, kuda, gas pemedih mata serta lengkap bersenjata, manakala mereka yang menyertai bantahan itu hanya membawa sepanduk dan kain rintang.
Paling jelas lagi ialah kehadiran kira-kira 20 anggota FRU wanita sewaktu protes diadakan di Sunway.
Sewaktu insiden Ahad Berdarah, polis juga menggunakan helikopter yang terbang rendah untuk menakut-nakutkan orang ramai di situ. Sebaliknya, Ahad lalu, helikopter polis hanya dilihat berlegar di kawasan tersebut, selepas perhimpunan bersurai. Pada 28 Mei, pegawai polis memberi arahan dan mengancam akan bertindak terhadap peserta protes tersebut. Apabila mereka enggan bersurai, meriam air digunakan serta dipukul dengan cota. Hampir 20 orang, termasuk wanita, ditahan.