26 lagi serpihan pesawat Adam air ditemui
Diterbitkan: Jan 12, 2007 5:44 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Satu demi satu barangan termasuk serpihan sayap yang dipercayai dari pesawat Boeing 737-400 Adam Air ditemui di daerah kecil Barru dan Pangkep dekat Pare-Pare (Sulawesi Selatan), namun sehingga malam tadi, tiada ditemui sebarang tanda mayat manusia.

Barangan tersebut ditemui penduduk di Pantai Polanro, Barru dan Pangkep sepanjang 18km pantai sehingga Pare-pare, termasuk serpihan meja makan dalam pesawat yang dilipat di sandaran belakang kerusi, getah pelapis pintu bahagian dalam pesawat, pelampung keselamatan yang sudah koyak, carikan-carikan gentian isi dalam kerusi, sebuah kamera dan sebahagian daripada beberapa kerusi.
Menurut laporan Bernama, terdapat dua helai rambut sepanjang 10sm tersepit pada serpihan kerusi itu, dipercayai milik seorang daripada penumpang pesawat malang tersebut, yang hilang di udara kepulauan Sulawesi pada petang 1 Januari lalu ketika dalam penerbangan dari Surabaya menuju Manado.
Walaupun serpihan itu terlihat jelas di mata kasar sebagai sebahagian daripada cebisan lekap dan lengkapan dalaman kapal terbang tetapi jurucakap pusat kecil SAR di Barru, Lt Kol Pramudya berkata hari ini, semua itu hanya dapat disahkan setelah penelitian oleh pusat SAR di Pangkalan Udara Makassar.
Sementara itu, pusat SAR di Makassar sudah mengesahkan bahawa mayat seorang wanita berumur sekitar 40 tahun yang ditemui nelayan dekat dermaga di sini pagi semalam bukan penumpang pesawat Adam Air kerana namanya tidak tercatat dalam senarai penumpang.
Satu kad pengenalan yang telah tamat tempoh sahlaku pada 2002, yang dijumpai nelayan semalam juga disahkan bukan milik penumpang kapal terbang itu kerana pemiliknya yang berasal dari Balik Papan di Kalimantan didapati masih hidup dan sedang bercuti bersama anaknya di Bekasi dekat Jakarta.
Masuk hari ke-12
Penemuan serpihan dan barangan itu menarik minat sebahagian anggota keluarga 96 penumpang dan enam anak kapal, yang datang ke pusat kecil SAR di Barru untuk melihat sendiri di samping mendapatkan maklumat jika ada di antara barangan yang ditemui itu boleh dikenalpasti sebagai milik anggota keluarga mereka.
Seorang daripada anggota keluarga itu, Iwan memberitahu pemberita bahawa beliau diminta oleh keluarganya di Manado supaya melihat sendiri setiap barang yang ditemui jika ada milik anggota keluarganya yang masih hilang bersama penumpang lain dan anak kapal sejak 12 hari lepas.
"Kami sudah menunggu 12 hari untuk mendapat sedikit khabar kerana itu saya tidak dapat sabar menunggu barangan ini dibawa ke Makassar untuk dikenalpasti. Keluarga saya juga sangat mengharapkan apa juga maklumat," katanya, yang mengakui mengeluarkan belanja sendiri untuk menyewa kereta bagi perjalanan sejauh kira-kira 160km dari Makassar ke Pare-Pare.
Sementara itu, Pengarah Keselamatan dan Keamanan Adam Air Kapt Hartono menasihati keluarga penumpang pesawat malang itu menangguhkan dulu hasrat mereka untuk datang dari ke merata pelusuk Indonesia ke Makassar kerana belum ada kepastian mengenai bangkai pesawat tersebut dan para penumpangnya.
"Sebaik-baiknya tunggulah dulu. Namun kalau ada yang datang juga pihak Adam Air akan membantu menerbangkan mereka dan menyediakan tempat penginapan di Makassar," katanya sambil menambah bahawa Adam Air telah melantik pegawai khas untuk memaklumkan keluarga penumpang jika terdapat maklumat baru.
Adam Air, katanya, menyediakan kemudahan itu ke Makassar sahaja dan tidak menanggung kos mereka ke tempat pencarian di luar Makassar.
Sejak awal pagi ini, penduduk di Pantai Polanro kelihatan sudah keluar beramai-ramai ke pinggir pantai untuk menyisir dan mencari jika masih terdapat serpihan atau barangan lain yang terdampar di pantai mahupun terapung di permukaan laut.