Jabatan Imigresen mesra warga asing?
SabaadilDiterbitkan: Jan 11, 2007 8:08 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Sejak 18 Disember 2006 ketika saya berurusan dengan Jabatan Imigresen Kota Kinabalu setiap hari terdapat warga Pakistan yang hadir tanpa rasa resah mahupun takut untuk mendapatkan pasport Malaysia.
Permohonan saya untuk membaharui pasport ditolak kerana gambar saya berkedut sedikit. Pada hari berikutnya saya terpaksa menunggu giliran (mengambil nombor) untuk berurusan. Namun, dua orang warga Pakistan yang berurusan pada hari berkenaan tidak perlu mengambil nombor.
Apabila giliran saya sampai untuk berurusan di kaunter, saya menyindir salah seorang pegawai di kaunter bahawa orang Pakistan pun boleh mendapatkan pasport Malaysia.
Dengan selamba pegawai itu menjawab: "India pun boleh juga... Asal JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) bagi kad pengenalan kepada mereka, kami tiada apa-apa halangan". Inilah senario di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), terutamanya di Sabah. Entah bagaimana pula senarionya di JPN.
Yang lebih menyakitkan hati ialah karenah birokrasi sesetengah pegawai Jabatan Imigresen terhadap permohonan rakyat jati Malaysia. Kita disuruh bekalkan berbagai jenis maklumat dan dokumen seperti surat lahir (walaupun sudah ada MyKad) untuk mendapatkan passport Malaysia.
Melihat sikap 'double standard' pegawai di JIM KK, saya terus mengambil gambar seorang Pakistan yang dipanggil Habib apabila dia menerima pasportnya dari Kaunter Imigresen No 13 pada 19 Disember.
Melihat gelagat saya ini, pegawai yang mengurus penyerahan pasport kepada warga Pakistan yang kedua, menunggu giliran saya berurusan di kaunter selesai, sebelum memanggil warga Pakistan ini ke dalam bilik mesyuarat dan menunggu sehingga saya beredar dari situ.
Sandiwara itu tidak berakhir di situ sahaja. Pada keesokan harinya (20 Disember 2006), saya membawa saudara sebelah isteri saya (seorang gadis Dusun bukan Islam) untuk mendapatkan pasport Malaysia.
Kalau kelmarin hanya dua warga Pakistan yang kelihatan, hari ini terdapat empat orang di perkarangan Jabatan Imigresen Kota Kinabalu, semuanya menunggu untuk keluar dari Malaysia menggunakan pasport Malaysia.
Kehadiran saya bersama gadis ini disedari oleh pegawai-pegawai immigresen yang bersekongkol dengan warga Pakistan kelmarin.
Setelah urusan awal selesai di kaunter imigresen, apabila saudara saya (gadis Dusun) kembali pada jam 2 petang untuk mengambil pasportnya, pegawai berkenaan memberitahu pasportnya belum dapat diserahkan kerana tersilap cetak.
Saya dipanggil gadis ini ke kaunter pegawai berkenaan dan bertanya adakah banyak lagi passort yang rosak. Jawabnya, 'tidak... hanya ini satu sahaja'.
Maka, sudah jelaslah ada udang sebalik batu. Mereka kini ingin menghukum saya kerana mencampuri urusan mereka dengan warga Pakistan itu.
Apabila saya memberitahunya bahawa gadis ini datang dari Kota Marudu dan kalau kena datang semula, dia terpaksa menanggung belanja perjalanan, pegawai berkenaan membalas: "Kalau mau pasport datanglah."
Melihat perbuatan pegawai imigresen yang kurang sopan itu, saya menyuruhnya menyimpan pasport saudara saya (gadis Dusun) yang dikatakan telah silap cetak kerana saya mahu melihatnya sebagai bukti.
Saya juga memaklumkan bahawa saya akan menulis kepada pegawai atasannya untuk melaporkan perkara tersebut.