Pertemuan perpaduan Melayu tidak perlu: PRM
R NavanithamPublished: Jan 8, 2001 7:44 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Perbincangan antara Umno dengan PAS dan Parti Keadilan Nasional seharusnya dikembangkan menjadi pertemuan antara Barisan Nasional dengan parti-parti pembangkang, termasuk DAP dan Parti Rakyat Malaysia.
"(Cadangan) ini lebih baik daripada mengadakan pertemuan antara hanya PAS, Keadilan dengan Umno semata-mata untuk membincangkan perpaduan orang Melayu," kata Presiden PRM Dr Syed Husin Ali, mengulas cadangan Umno untuk mengadakan perjumpaan dengan dua parti pembangkang itu.
"PRM berpendapat pertemuan enam mata (seperti dicadangkan Umno itu) tidak perlu."
Minggu lepas, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad menyarankan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan tiga penjuru dengan pemimpin dua parti pembangkang, Presiden PAS Datuk Fadzil Noor dan Presiden Keadilan Dr Wan Azizah Ismail untuk membincangkan perpaduan Melayu.
"Perbincangan ini haruslah meliputi soal perpaduan negara, salah guna kuasa, pemusatan kekayaan, penyelamatan syarikat kroni, korupsi, kemiskinan keruntuhan akhlak dan bemacam-macam lagi," tegas Syed Husin.
Beliau juga berkata pandangan-pandangan pemimpin parti-parti pembangkang ini sekarang telah turut disuarakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.
Ghafar dilaporkan berkata tujuan perbincangan tersebut haruslah fokus kepada perpaduan pelbagai kaum dan bukan hanya penyatuan Melayu.
"Tiada masalah dalam membincangkan isu perpaduan kaum Melayu, tetapi topik perbincangan itu juga harus meliputi isu-isu yang berkaitan dengan kaum lain, kerana keselamatan negara sangat bergantung kepada perpaduan pelbagai kaum," katanya dalam The Sun semalam.
Dalam laporan tersebut itu, beliau juga mencadangkan sebuah jawatankuasa tetap ditubuhkan untuk menyatukan semua kaum di negara ini dan membincangkan hal-hal yang berkaitan hubungan kaum.
Menurut PRM lagi, ramai pemimpin BA berpendapat perbincangan itu haruslah melibatkan skop yang luas kerana mereka menganggap tidak ada perpecahan di kalangan orang Melayu seperti didakwa oleh Umno.
Pecah dan perintah
"Yang berpecah ialah Umno dan sekarang ini sebahagian Melayu sudah bersatu di bawah BA, bukan lagi di bawah BN," dakwa Syed Husin lagi.
Menurutnya, Dr Mahathir sengaja membesarkan isu-isu seperti rayuan Suqiu dan kedudukan istimewa Melayu untuk menimbulkan ketegangan kaum.
Pemimpin pembangkang itu mendakwa pemimpin Umno mempunyai tujuan tertentu untuk mengadakan pertemuan perpaduan Melayu itu, antaranya: Menguatkan semula kedudukan Dr Mahathir sebagai pemimpin Melayu, menimbulkan keraguan orang bukan Melayu terhadap beberapa parti BA kerana dilihat bersedia bersatu tenaga dengan Umno dan menegangkan hubungan kaum supaya dasar pecah dan perintah dapat terus dilaksanakan.
Tambah Syed Husin, jika dua parti pembangkang itu berbincang dengan Umno, maka langkah itu "tersangat silap."
"(Pertemuan itu) bererti mereka (PAS dan Keadilan) mengakui bahawa orang Melayu sekarang ini memang berpecah," katanya.

View Comments0