Bersiap sedia hadapi banjir di enam lagi negeri
Diterbitkan: Jan 6, 2007 7:42 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Enam lagi negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka dilandar banjir ekoran ramalan hujan lebat di negeri-negeri tersebut mulai hari ini.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan telah mengarahkan pegawai dan kakitangannya supaya bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan tersebut. Pahang dan Johor sedang dilanda banjir.
Setiausaha Kementerian itu Datuk Lee Kah Choon berkata kementerian mahu mereka bertindak segera dan bersedia memindahkan dan menempatkan vaksin serta ubat-ubatan di tempat yang lebih selamat bagi mengelak kerosakan akibat banjir.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, sebelum ini, banyak ubat dan vaksin yang ditempatkan di klinik kesihatan dan klinik desa di Segamat (Johor), rosak kerana terendam dalam air banjir kerana tidak sempat dipindahkan ke kawasan selamat.
"Jadi kita tidak boleh mengambil risiko tunggu dan lihat. Semua pihak perlu bersedia untuk hadapi banjir kilat atau banjir besar dan ikut prosedur standard iaitu tempatkan ubat-ubatan, vaksin dan peralatan di kawasan yang lebih tinggi dan selamat," katanya Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan diploma kepada 75 pelajar Kolej Disted-Stamford di Pulau Pinang hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan ubat-ubatan dan vaksin masih ditempatkan di depot simpanan yang terletak di kawasan selamat dan ia hanya diagihkan kepada klinik-klinik kesihatan dan desa yang terlibat dengan banjir mengikut keperluan.
Belajar dari pengalaman
"Pegawai dan kakitangan juga diarah bersedia dipanggil bertugas sekiranya berlaku banjir di negeri-negeri berkenaan. Kita sudah belajar daripada pengalaman banjir di Johor dan mereka sudah bersedia secara mental untuk bertindak dan tidak perlu mengambil sikap tunggu dan lihat," katanya.
Lee berkata kementerian itu juga mempunyai bekalan ubat-ubatan dan vaksin yang mencukupi kerana stok sedia ada mencukupi untuk tempoh tiga hingga enam bulan lagi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Monsun Timur Laut masih lagi aktif di Laut China Selatan berhampiran perairan negara ini yang menyebabkan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Ditanya mengenai taksiran kerosakan dan kos memperbaiki kerosakan itu, Lee berkata kementerian sedang mengumpul data terperinci dan dijangka akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Mengenai kes denggi, Lee berkata jumlah kes yang dilaporkan masih tinggi iaitu lebih 1,000 kes seminggu.
Katanya Selangor masih mencatat kes tertinggi dengan 300 kes seminggu, manakala Pulau Pinang mencatatkan 100 kes seminggu, dengan 20 hingga 30 peratus kes yang dilaporkan, disahkan denggi.
"Trend ini akan terus meningkat sekiranya semua pihak tidak mengambil tindakan terutamanya selepas musim banjir dan hujan dengan kebanyakan kawasan terdedah kepada pembiakan nyamuk," katanya.