Saddam Hussein digantung pagi ini
Diterbitkan: Dec 30, 2006 8:15 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Stesen televisyenArab telah melaporkan bahawa bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein telah digantung di tempat yang tidak diketahui awal pagi ini.

Stesen TV Iraqia berkata, Saddam digantung sejurus sebelum jam 0600 waktu tempatan (0300GMT), dengan disaksikan oleh seorang doktor, peguam dan para pegawai. Ia turut difilemkan.
Laporan yang sama turut disiarkan oleh stesen televisyen Al-Arabiya dan stesen Al-Hurra yang disokong oleh Amerika, dengan memetik sumber-sumber kerajaan.
Para pegawai tentera Amerika dan peguam Saddam turut mengesahkan bahawa bekas Presiden Iraq itu telah digantung.
Menurut BBC, tenteta Amerika dan pasukan keselamatan Iraq diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan tercetusnya keganasan.
AP pula melaporkan, turut digantung ialah saudara tiri Saddam, Barzan Ibrahim dan Awad Hamed al-Bandar bekas ketua hakim mahkamah Revolusi.
Juruhebah stesen Iraqiya berkata "penjenayah Saddam telah digantung hingga mati dan diikuti oleh Barzan dan kemudiannya Awad al-Bandar."
Sebelum itu, stesen berkenaan mengumandangkan lagu kebangsaan selepas pengumuman pertama dibuat, beserta tulisan di skrin yang berbunyi "penggantungan Saddam menandakan berakhirnya zaman kegelapan dalam sejarah Iraq".
Jenayah kemanusiaan
Saddam Hussein, 69, dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Iraq pada 5 November lalu selepas dibicarakan selama setahun atas tuduhan membunuh 148 pengikut Syiah di bandar Dujail pada 1982.
Pada hari Selasa, Mahkamah Rayuan Iraq mengekalkan hukuman mati terhadap Saddam kerana membunuh pengikut Syiah tersebut yang ditahan selepas berlakunya percubaan membunuhnya di Dujail pada 1982.
Mahkamah tersebut memerintahkan Saddam digantung dalam tempoh 30 hari.
Saddam ditahan di penjara tentera Amerika yang dikenali sebagai 'Camp Cropper' di Iraq. Pihak berkuasa Amerika dan Iraq berkata, beliau mesti diserahkan kepada pegawai Iraq untuk menjalani hukuman tersebut.
Bekas Presiden Iraq itu digulingkan pada April 2003 oleh pasukan yang diketuai oleh Amerika.
Reuters pula melaporkan kematian Saddam itu akan menggembirakan puak majoriti Syiah di Iraq, yang menghadapi penindasan sewaktu pemerintahan Saddam selama tiga dekad, tetapi mungkin mencetuskan kemarahan puak minoriti Sunni.
Stesen TV Iraqia berkata, Saddam digantung sejurus sebelum jam 0600 waktu tempatan (0300GMT), dengan disaksikan oleh seorang doktor, peguam dan para pegawai. Ia turut difilemkan. Laporan yang sama turut disiarkan oleh stesen televisyen Al-Arabiya dan stesen Al-Hurra yang disokong oleh Amerika, dengan memetik sumber-sumber kerajaan.
Para pegawai tentera Amerika dan peguam Saddam turut mengesahkan bahawa bekas Presiden Iraq itu telah digantung.
Menurut BBC, tenteta Amerika dan pasukan keselamatan Iraq diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan tercetusnya keganasan.
AP pula melaporkan, turut digantung ialah saudara tiri Saddam, Barzan Ibrahim dan Awad Hamed al-Bandar bekas ketua hakim mahkamah Revolusi.
Juruhebah stesen Iraqiya berkata "penjenayah Saddam telah digantung hingga mati dan diikuti oleh Barzan dan kemudiannya Awad al-Bandar."
Sebelum itu, stesen berkenaan mengumandangkan lagu kebangsaan selepas pengumuman pertama dibuat, beserta tulisan di skrin yang berbunyi "penggantungan Saddam menandakan berakhirnya zaman kegelapan dalam sejarah Iraq".
Jenayah kemanusiaan
Saddam Hussein, 69, dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Iraq pada 5 November lalu selepas dibicarakan selama setahun atas tuduhan membunuh 148 pengikut Syiah di bandar Dujail pada 1982.
Pada hari Selasa, Mahkamah Rayuan Iraq mengekalkan hukuman mati terhadap Saddam kerana membunuh pengikut Syiah tersebut yang ditahan selepas berlakunya percubaan membunuhnya di Dujail pada 1982.
Mahkamah tersebut memerintahkan Saddam digantung dalam tempoh 30 hari.
Saddam ditahan di penjara tentera Amerika yang dikenali sebagai 'Camp Cropper' di Iraq. Pihak berkuasa Amerika dan Iraq berkata, beliau mesti diserahkan kepada pegawai Iraq untuk menjalani hukuman tersebut. Bekas Presiden Iraq itu digulingkan pada April 2003 oleh pasukan yang diketuai oleh Amerika.