MB Hasni pertahan kerusi DUN Benut
Diterbitkan: Mar 12, 2022 9:21 PM | Dikemas kini: Mar 13, 2022 12:22 AM
Menteri Besar, Hasni Mohammad, kekal mempertahankan kerusi DUN Benut yang disandangnya, sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila dia memperolehi 10,508 undi selepas 52 daripada 54 saluran dikira.
Dengan majoriti 5,680 yang diperolehi daripada kiraan tidak rasmi, , adalah sukar buat jauh calon lawan, khususnya dari Perikatan Nasional (PN) Isa Ab Hamid untuk merapatkan jurang.
Calon PN itu mendapat undi tidak rasmi 4,828 undi; Haniff@Ghazali Hosman, PKR (1,147), sementara calon Pejuang, Iskandar Noor Ibrahim, hanya memperoleh 132 undi.

