Senator saman NST, BH tuntut RM60 juta
Diterbitkan: Dec 7, 2006 8:29 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani mengemukakan saman menuntut gantirugi RM60 juta terhadap dua buah akhbar kerana mendakwa artikel yang disiarkan mereka yang mengaitkannya dengan kegiatan mengklon permit import (AP) kereta, berunsur fitnah.

Beliau menamakan The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Berita Harian Sdn Bhd serta wartawan Hamidah Atan dan Shamshul Azree Samshir sebagai defendan.
Saman tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Wisma Denmark di Kuala Lumpur hari ini melalui Tetuan Hamzah, Daud Daros & Siti Nor.
Menurut laporan Bernama, writ saman itu belum lagi diserahkan kepada defendan dan ia akan diserahkan sebaik sahaja salinan dokumen itu yang telah dimeterai diperoleh daripada mahkamah.
Muhammad, 61, juga mahu mahkamah mengeluarkan perintah injunksi melarang defendan mencetak atau menyiarkan apa-apa rencana atau penulisan berhubungnya atau syarikat-syarikatnya.
Perkataan fitnah
Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Umno cawangan Kubang Kerian, Kelantan, berkata artikel-artikel berunsur fitnah itu bertajuk "Senator in Cloned AP Scam" disiarkan di dalam akhbar The New Straits Times bertarikh 7 Oktober lalu dan di akhbar Berita Harian bertarikh 8 Oktober, bertajuk "Syarikat Milik Senator Klon AP".
Di dalam pernyataan tuntutannya, Muhammad mendakwa perkataan-perkataan fitnah di dalam artikel berkenaan di antaranya membawa maksud sebagai senator dan ahli politik, beliau adalah seorang yang tamak dan tidak bertanggungjawab serta tidak layak memegang jawatan awam.
Muhammad mendakwa beliau melalui satu notis bertarikh 27 November lalu telah memohon defendan-defendan untuk meminta maaf kepadanya tetapi sehingga kini mereka enggan atau gagal mematuhi notis tuntutan itu.
Gantirugi RM60 juta yang dituntut Muhammad juga termasuk gantirugi keterlaluan dan gantirugi teladan.