Nazri tempelak Majlis Peguam tiada integriti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata kewibawaan para peguam negara ini kini dipertikaikan ekoran pendedahan adanya 'kertas undi palsu' dalam pemilihan Majlis Peguam Jumaat lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata kewibawaan para peguam negara ini kini dipertikaikan ekoran pendedahan adanya 'kertas undi palsu' dalam pemilihan Majlis Peguam Jumaat lalu.
"Satu siasatan menyeluruh perlu dibuat. Kes ini tidak boleh dianggap ringan kerana para peguam dianggap sebagai pihak yang dihormati dan dipercayai dalam masyarakat kita," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen.
"Majlis Peguam mesti telus dan menyiasat hingga ke akar umbinya kerana kredibiliti profesion guaman kini dipertikaikan, " kata Nazri yang juga merupakan seorang peguam terlatih. 
Sambil melahirkan rasa terkejutnya terhadap penemuan "kertas undi palsu" itu, beliau berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku di kalangan para peguam.
Beliau menggesa Majlis Peguam bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apapun berkaitan kes tersebut.
Nazri juga mahu keputusan pilihanraya majlis tersebut diumumkan segera.
Menteri itu menemplak Majlis Peguam dengan menegaskan;" Kita dengan Majlis Peguam mahu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan tetapi di mana letaknya integriti dan akauntibiliti mereka sendiri."
Menyentuh tentang motif kewujudan "kertas undi palsu" itu, Nazri berkata, ia boleh diperbahaskan, samaada ia satu tindakan sabotaj atau percubaan pihak tertentu untuk memenangi pemilihan tersebut.
Bagaimanapun katanya, insiden tersebut wajar menjadi ingatan kepada semua peguam di negara ini.
Katanya, sejak sekian lama para peguam negara ini tidak begitu mempedulikan perjalanan pemilihan Majlis Peguam dan tidak mengambil berat tentang siapa yang menerajui majlis tersebut.
"Tetapi sekarang tiba-tiba jawatan dalam majlis itu menjadi rebutan hingga ada pihak yang sanggup menggunakan kertas undi palsu. Jadi jangan pandang ringan lagi pemilihan dalam majlis ini,"ujar menteri itu lagi.

Ketika pengiraan undi dibuat pada Jumaat lalu, tiga orang pemantau pemilihan tersebut menjumpai 50 kertas undi palsu dalam 3,370 undi pos yang diterima dari para peguam seluruh negara bagi pemilihan sesi 2007/2008 majlis tersebut.
Nombor siri kertas-kertas undi yang dikeluarkan ialah dari 0001 hingga 12,353, tetapi terdapat 50 kertas undi dengan nombor siri dari 12,810 hingga 12,879. Kewujudan kertas 50 kertas undi yang tidak sah itu telah menyebabkan ketiga-tiga pemantau pemilihan tersebut mengisytiharkan pemilihan Majlis Peguam itu tidak sah dan batal.
Majlis Peguam juga dikehendaki memgadakan pemilihan baru, bagaimanapun keputusan muktamad samaada pemilihan baru akan diadakan atau tidak terletak di tangan majlis tersebut.
Majlis tersebut telah juga telah membuat satu laporan polis Ahad lalu. Ini adalah kali pertama dalam sejarah 59 tahun pemilihan Majlis Peguam kertas undi palsu dijumpai.
Dalam pemilihan kali ini, 34 calon bertanding untuk 12 kerusi ahli majlis.Berita asal

