Mangsa feri berlanggar meninggal dunia
Published: Nov 25, 2006 5:10 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun salah seorang daripada mangsa feri berlanggar di Langkawi meninggal dunia malam tadi.

Mohd Danial Ramli, 3 tahun, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi di Hospital Langkawi, akibat cedera parah di kepala.
Jenazah Mohd Danial dibawa dengan feri ke Kuala Kedah pagi ini untuk dikebumikan di Sungai Limau, Yan, iaitu kampung ibunya Norziah Abdul Wahab, 40.
Norziah dan bapa kanak-kanak itu, Ramli Saad, 32, turut menerima rawatan di hospital yang sama bersama seorang lagi anak mereka, Amira Anui, 8, yang juga parah di kepala. Turut dirawat ialah ibu Norziah, Fatimah Ahmad, 60, dan adik Norziah, Nornadiah, 20.
Menurut laporan Bernama, Pegawai Daerah Langkawi, Mansor Ismail mengesahkan mangsa tersebut ang meninggal dunia malam tadi.
Katanya kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5 petang, selepas feri Sejahtera itu yang membawa 56 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah berlanggar dengan feri Kenangan, yang membawa 153 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Kejadian itu berlaku pada kedudukan 14.5 batu nautika dari Jeti Kuah, dalam keadaan hujan lebat dan radar feri dilaporkan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Siasatan dijalankan
Katanya, semua yang cedera itu ialah penumpang feri Sejahtera di mana 10 dimasukkan ke wad di Hospital Langkawi dan 24 lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Siasatan lanjut punca nahas akan dilakukan Jabatan Laut," kata Mansor.
Penumpang feri yang dalam perjalanan ke Kuala Kedah itu, tambahnya, ditempatkan di hotel dan rumah yang disewa oleh pihak pengurusan feri dan mereka akan pulang ke Kuala Kedah pagi ini dengan feri yang disediakan khas untuk mereka.
"Kebanyakan mereka masih berada dalam keadaan trauma," katanya
Sementara itu, ketika ditemui, Norziah berkata, beliau berada di Langkawi sejak Selasa lalu bagi mengikuti kursus yang tamat semalam.
"Semalam juga, suami, empat anak, adik dan emak datang untuk bercuti di sini sebelum kami berangkat pulang," kata guru yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Langgar itu.
Katanya, mereka berada di bahagian hadapan feri semasa perlanggaran itu, dengan beliau sendiri mengalami kecederaan di kepala.
"Saya baru diberitahu tentang kematian anak bongsu itu," katanya.
Mohd Danial Ramli, 3 tahun, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi di Hospital Langkawi, akibat cedera parah di kepala.
Jenazah Mohd Danial dibawa dengan feri ke Kuala Kedah pagi ini untuk dikebumikan di Sungai Limau, Yan, iaitu kampung ibunya Norziah Abdul Wahab, 40.
Norziah dan bapa kanak-kanak itu, Ramli Saad, 32, turut menerima rawatan di hospital yang sama bersama seorang lagi anak mereka, Amira Anui, 8, yang juga parah di kepala. Turut dirawat ialah ibu Norziah, Fatimah Ahmad, 60, dan adik Norziah, Nornadiah, 20.
Menurut laporan Bernama, Pegawai Daerah Langkawi, Mansor Ismail mengesahkan mangsa tersebut ang meninggal dunia malam tadi.
Katanya kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5 petang, selepas feri Sejahtera itu yang membawa 56 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah berlanggar dengan feri Kenangan, yang membawa 153 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi. Kejadian itu berlaku pada kedudukan 14.5 batu nautika dari Jeti Kuah, dalam keadaan hujan lebat dan radar feri dilaporkan tidak dapat berfungsi dengan baik.

View Comments0