Razak Baginda dibebaskan dengan ikatjamin RM1 juta
Published: Nov 23, 2006 6:34 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Penganalisa politik, Abdul Razak Baginda hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolian, Altantuya Shaariibuu.

Abdul Razak, 46, dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Perbicaraannya akan bermula pada 4 Disember ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dia menghadapi hukuman mati sekiranya didapati bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Bagaimanapun Abdul Razak dibenarkan ikatjamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin. Keluarganya membayar ikatjamin tersebut.
Keadaan kesihatan Abdul Razak merupakan sebab utama dia dibenarkan ikatjamin. Selepas ditahan pada 7 November lalu, dia sering dihantar menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru dan lelah.
Dia dituduh di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Serpihan mayat Altantuya yang berusia 28 tahun ditemui di sebuah kawasan hutan di Shah Alam awal bulan ini. Mayatnya dilaporkan telah diletupkan.
Tenang di mahkamah
Abdul Razak dituduh bersubahat dengan Ketua Inspektor Azilah Hadri, 30 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, melakukan kesalahan tersebut.
Dia dituduh bersubahat dengan dua anggota polis itu untuk membunuh Altantuya antara jam 9.45 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Oktober di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang in Kuala Lumpur.
Pejabat Abdul Razak terletak di alamat tersebut. Di mahkamah hari ini, Abdul Razak berkata, dia memahami tuduhan terhadapnya sebelum mengaku tidak bersalah.
Bernama melaporkan, dia tidak menunjukkan banyak reaksi dan kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut.
Dua anggota polis tersebut didakwa secara berasingan melaku pembunuhan tersebut dan kedua-dua juga menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kes pembunuah wanita Mongolian itu telah menarik perhatian kerana dia dibunuh secara kejam dengan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan yang hanya dilapor digunakan oleh pasukan keselamatan.
Ia diikuti dengan kejutan penahanan Abdul Razak kerana beliau merupakan seorang pesonaliti terkemuka di negara ini yang mempunyai kaitan politik yang baik. Dia juga dikait rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Abdul Razak, 46, dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Perbicaraannya akan bermula pada 4 Disember ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dia menghadapi hukuman mati sekiranya didapati bersalah terhadap tuduhan tersebut. Bagaimanapun Abdul Razak dibenarkan ikatjamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin. Keluarganya membayar ikatjamin tersebut.
Keadaan kesihatan Abdul Razak merupakan sebab utama dia dibenarkan ikatjamin. Selepas ditahan pada 7 November lalu, dia sering dihantar menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru dan lelah.
Dia dituduh di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Serpihan mayat Altantuya yang berusia 28 tahun ditemui di sebuah kawasan hutan di Shah Alam awal bulan ini. Mayatnya dilaporkan telah diletupkan.
Tenang di mahkamah
Abdul Razak dituduh bersubahat dengan Ketua Inspektor Azilah Hadri, 30 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, melakukan kesalahan tersebut.
Dia dituduh bersubahat dengan dua anggota polis itu untuk membunuh Altantuya antara jam 9.45 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Oktober di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang in Kuala Lumpur. Pejabat Abdul Razak terletak di alamat tersebut. Di mahkamah hari ini, Abdul Razak berkata, dia memahami tuduhan terhadapnya sebelum mengaku tidak bersalah.

View Comments0