Pemuda BA tolak perpaduan Melayu Umno
Ein AzmiPublished: Jan 4, 2001 11:09 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Pemuda parti-parti pembangkang hari ini sepakat menolak cadangan Umno untuk membincangkan isu perpaduan Melayu dan menyifatkan usaha itu sebagai menutup kemerosotan pengaruh Melayu terhadapnya.
Semalam, Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin Umno mencadangkan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan dengan pemimpin dua parti utama Melayu, Presiden PAS Datuk Fadzil Noor dan Presiden Parti Keadilan Nasional Dr Wan Azizah Ismail.
"(Kami) tidak begitu tertarik untuk bersama-sama terjun dalam menggerakkan lagi sentimen perkauman ini kerana menyedari hakikat sebenarnya bahawa perpecahan yang dimaksudkan oleh pemimpin Umno ialah apabila orang-orang Melayu menolak Umno," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Mahfuz Omar.
Menurutnya lagi, Pemuda PAS menganggap perbincangan isu politik perkauman itu sebagai "membuang masa."
"Yang berlaku perpecahan ialah politik dalaman Umno akibat rasa tidak puas hati ahli-ahlinya terhadap kezaliman pemimpin mereka, terutama yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim," tambah Mahfuz dalam satu kenyataan kepada malaysiakini.
Keadilan menolak cadangan Umno itu dengan menyifatkan isu itu tidak relevan buat masa sekarang.
"Isu negara hari ini ialah persoalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pimpinan kerajaan, pencabulan dan salah guna kuasa institusi-institusi pelaksanaan hukum, dan penggunaan dana awam untuk menyelamat (syarikat) individu tertentu (yang gagal)," kata Ketua Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor
"Penyatuan dijadikan sandaran untuk menutup kepincangan sebenar bangsa ini," katanya lagi, mengulas perkembangan politik yang terjadi lewat 1980-an apabila Umno dilanda krisis .
Ketinggalan zaman
"Apabila gagasan perpaduan dipalu, akhirnya rakyat diarah berpadu dan cerita rasuah tiba-tiba menjadi abu."
Ketua Pemuda DAP Teng Chang Khim menjelaskan usaha Umno menyatukan bangsa dalam era globalisasi dan teknologi maklumat kini sebagai "ketinggalan zaman."
"Tidak bererti orang Melayu tidak bersatu apabila mereka memberi sokongan kepada parti (pembangkang Melayu) lain," katanya.
"Apa yang perlu ialah perpaduan rakyat, bukan soal perkauman."
Parti Rakyat Malaysia turut berpendapat pemimpin Umno terdesak untuk meraih sokongan setelah kebanyakan orang Melayu kini lebih memihak kepada parti-parti Barisan Alternatif.
"Mengapa sekarang (Umno) hendak fikir nasib orang Melayu," soal Ketua Pemuda PRM Faisal Sanusi.

View Comments0