Ezam buat laporan polis terhadap Dr M dan Pak Lah
Published: Nov 1, 2006 6:17 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan terbabit dengan rasuah.
Beliau menyertakan maklumat 17 mukasurat yang didakwanya bersumberkan laporan agensi kerajaan, surat Kementerian Kewangan dan pelbagai sumber lain, bagi menyokong laporan rasuah terhadap kedua-duanya.
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan terbabit dengan rasuah.
Pengerusi Gerak, Mohd Ezam Mohd Nor membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi di ibu negara kira-kira jam 1 tengahari tadi.
Beliau turut menyertakan maklumat setebal 17 mukasurat yang didakwanya bersumberkan laporan agensi kerajaan, surat Kementerian Kewangan dan pelbagai sumber lain, bagi menyokong laporannya itu.
Dalam kenyataan medianya, Ezam mendakwa, berdasarkan maklumat tersebut, Gerak mempunyai asas yang kukuh untuk mempercayai Dr Mahathir dan Abdullah telah menyalahgunakan kuasa untuk menganugerahkan projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit kepada ahli keluarga terdekat.
"Kami percaya siasatan menyeluruh perlu diadakan memandangkan masa pemerintahan kedua-dua pemimpin itu mencecah 25 tahun, iaitu Tun Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003 dan Datuk Seri Abdullah dari 2003 hingga sekarang," katanya.
'Dedah sendiri'
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sedikit demi sedikit penyelewengan kedua-dua mereka didedahkan mereka sendiri.
"Tun Dr Mahathir mengatakan Datuk Seri Abdullah memberikan projek kepada anaknya manakala Perdana Menteri mengatakan bekas Perdana Menteri juga memberikan projek yang lebih besar kepada ahli keluarga sendiri," katanya lagi..
Ezam mendakwa, kekayaan anak lelaki Abdullah, iaitu Kamaluddin meningkat berkali ganda sejak ayahnya menjadi Perdana Menteri yang memungkinkan wujud tanggapan bahawa kekayaan tersebut diperolehi melalui pengaruh Abdullah.
Sehubungan itu, katanya, Gerak menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan segera bagi memastikan jenayah ekonomi ini tidak terus dilakukan dan dapat menyelamatkan ratusan juta ringgit wang rakyat dari dibolot segelintir individu yang dekat dengan pemerintah.
Gerak, katanya lagi, menggesa rakyat bangkit bagi menyelamatkan Malaysia dari sikap rakus pemimpin negara yang menyalahgunakan kedudukan dan amanah rakyat bagi mengkayakan anak mereka semasa berkuasa.
Pengerusi Gerak, Mohd Ezam Mohd Nor membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi di ibu negara kira-kira jam 1 tengahari tadi. Beliau turut menyertakan maklumat setebal 17 mukasurat yang didakwanya bersumberkan laporan agensi kerajaan, surat Kementerian Kewangan dan pelbagai sumber lain, bagi menyokong laporannya itu.
Dalam kenyataan medianya, Ezam mendakwa, berdasarkan maklumat tersebut, Gerak mempunyai asas yang kukuh untuk mempercayai Dr Mahathir dan Abdullah telah menyalahgunakan kuasa untuk menganugerahkan projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit kepada ahli keluarga terdekat.
"Kami percaya siasatan menyeluruh perlu diadakan memandangkan masa pemerintahan kedua-dua pemimpin itu mencecah 25 tahun, iaitu Tun Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003 dan Datuk Seri Abdullah dari 2003 hingga sekarang," katanya.
'Dedah sendiri'
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sedikit demi sedikit penyelewengan kedua-dua mereka didedahkan mereka sendiri.
"Tun Dr Mahathir mengatakan Datuk Seri Abdullah memberikan projek kepada anaknya manakala Perdana Menteri mengatakan bekas Perdana Menteri juga memberikan projek yang lebih besar kepada ahli keluarga sendiri," katanya lagi..
Ezam mendakwa, kekayaan anak lelaki Abdullah, iaitu Kamaluddin meningkat berkali ganda sejak ayahnya menjadi Perdana Menteri yang memungkinkan wujud tanggapan bahawa kekayaan tersebut diperolehi melalui pengaruh Abdullah. Sehubungan itu, katanya, Gerak menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan segera bagi memastikan jenayah ekonomi ini tidak terus dilakukan dan dapat menyelamatkan ratusan juta ringgit wang rakyat dari dibolot segelintir individu yang dekat dengan pemerintah.

View Comments0