Projek tanam pokok kelapa plastik jadi sasaran kritikan
Fauwaz Abdul AzizPublished: Nov 1, 2006 3:48 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Sepohon pokok kelapa berharga semurah RM5. Jadi, mengapa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membeli enam pohon pokok kelapa plastik pada tahun 2002 dengan RM90,000 dan kini mahu dibuang pula?
Pokok kelapa plastik itu, yang dibeli oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada tahun 2002 dengan harga RM90,000 kini mahu 'dicabut' pula.
Sepohon pokok kelapa berharga semurah RM5. Jadi, mengapa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membeli enam pohon pokok kelapa plastik pada tahun 2002 dengan RM90,000 dan kini mahu dibuang pula?
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran yang membangkitkannya, menuntut kerajaan Perak dan MBI memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Beliau mendakwa, MBI telah membeli pokok kelapa plastik itu untuk mengindahkan Ipoh ekoran aduan bahawa bandaraya tersebut menjemukan dan perlu diperindahkan.
Pembelian dan pemasangan setiap pokok kelapa plastik itu, termasuk hiasan lampu pada waktu malam, membabitkan kos sebanyak RM15,000, katanya.
Kini selepas empat tahun kemudiannya pokok-pokok ini akan 'dicabut' dan dibuang kerana ia menyakitkan mata yang memandang, tambahnya.
Kula Segaran yang memetik "sumber-sumber dalaman" berkata, para pegawai MBI telah pergi ke China untuk pembelian pokok-pokok kelapa plastik itu.
"Mengapa tidak mereka beli dan tanam pokok hidup? Setiap satu hanya berharga kira-kira RM5. Malah, saya pun ada pokok kelapa yang boleh disumbangkan kepada MBI secara percuma," katanya.
"MBI juga perlu memperjelaskan mengapa mereka membeli pokok kelapa plastik sedangkan jangka hayat penggunaannya hanya empat tahun," tambahnya.
Ikut 'trend'
Ketika perkara itu dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 2003, Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali dilaporkan berkata, penggunaan pokok kelapa plastik itu "telah menjadi 'trend' di mana-mana dan menjadi tarikan kepada pembayar dan cukai dan para pelancong".
(Pokok-pokok ini yang berwarna merah, kuning dan biru dan dipasang di beberapa lokasi pada akhir tahun 1990-an, telah dikritik hebat oleh orang ramai kerana tidak selesa pandang ).
Kula Segaran turut mendakwa, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Mohd Rafiai Moktar berkata MBI terpaksa membeli pokok-pokok tersebut untuk melayakkannya menerima peruntukan RM2 daripada pusat untuk mengindahkan bandaraya tersebut.
"Jika ini hendak dipercayai apabila soalan mengenainya dibangkitkan pada 2003 mengapa MBI tidak memaklumkan mengenai syarat kerajaan pusat itu? Apakah Datuk Bandar mempunyai fakta tersebut atau beliau telah menutup kesilapan ahli majlis dan pegawainya?" soal Kula Segaran.
Ahli Exco Kerajaan Negeri yang mempengerusikan Jawatankuasa Maklumat dan Kerajaan Tempatan tidak dapat dihubungi semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.
Seorang Ahli Exco yang tidak mahu namanya disebut, mengaku perlunya perkara itu dijelaskan.
"Sebarang penggunaan wang rakyat perlu dibuat secara berhemah, difikirkan sedalam-dalamnya dan dinilai kesesuaiannya," katanya. Berita asal

View Comments0