Veteran Utusan kritik wartawan makan gaji
Ein AzmiPublished: Jan 3, 2001 11:31 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu , Said Zahari hari ini mengkritik wartawan yang menjadikan bidang itu sebagai peluang mendapatkan gaji semata-mata tanpa memperjuangkan kebenaran.
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari hari ini mengkritik wartawan yang menjadikan bidang itu sebagai peluang mendapatkan gaji semata-mata tanpa memperjuangkan kebenaran.
"Wartawan terhutang kepada rakyat untuk melaporkan kebenaran agar wujud keadilan sosial," katanya, juga dikenali Pak Said, kepada malaysiakini tengahari ini.
"Editorlah yang memutar-belitkan berita untuk memihak kepada pemilik akhbar. Mereka kini begitu selesa dengan kepentingan diri," kata Pak Said, mengulas amalan kewartawanan negara ini kini.
Dalam bukunya Meniti Lautan Gelora yang menceritakan pengalaman politiknya, wartawan veteran itu juga menjangkakan tulisannya itu mungkin akan menyinggung perasaan beberapa tokoh wartawan kanan negara ini yang hidup sezaman dengannya.
Buku itu mendedahkan bagaimana Umno, melalui Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra, cuba mengambil alih akhbar bebas itu sejak 1959 dan akhirnya berjaya dikuasai parti itu pada pertengahan 1961 melalui seorang tokoh Umno Terengganu, Ibrahim Fikri.
Apabila ditanya ura-ura bahagian tertentu buku ini - yang mendedahkan pengambil alihan akhbar Melayu itu - ditapis sebelum diterbitkan oleh Kumpulan Utusan, Said bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Saya diminta menulis oleh UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan buku itu akan dicetak bulan ini," jelasnya, yang pernah dilantik sebagai karyawan tamu universiti itu pada 1996 hingga 1999.
Buku memoir
Anak kelahiran Singapura 72 tahun lalu itu berkata, buku memoir itu yang ditulis dalam bahasa Melayu telah disemak oleh UKM sebelum dicetak oleh Utusan Publication dan Distributors.
Pak Said yang boleh menguasai dua bahasa asing, Mandarin dan Jepun selain bahasa Melayu dan Inggeris menjelaskan, bukunya itu akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Mandarin.
Beliau yang pernah ditahan di Singapura selama 17 tahun di bawah Ordinan Keselamatan Awam (PPSO) sejak 1963 menjelaskan, buku itu dihasilkan berdasarkan pengalaman, kritikan serta laporan beliau sebagai seorang wartawan.
"Saya seorang wartawan, bukan ahli sejarah," ulas Pak Said mengenai karyanya itu yang ditujukan khas buat isteri, Salamah Abdul Wahab dan anak-anaknya.
Pak Said dalam wawancara khasnya dengan malaysiakini menegaskan pengorbanan anggota keluarganya itu "masih belum berbayar dan tidak dapat dibayar."

View Comments0