Unsur-unsur Yahudi meresapi kampus?
Kuek Ser Kuang KengPublished: Sep 12, 2006 10:05 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Adakah masuk di akal apabila kumpulan pelajar Malaysia didakwa ditaja oleh unsur-unsur Yahudi yang mahu menjejaskan keselamatan negara?

Inilah yang telah diberitahu kepada para pelajar tahun pertama Universiti Sains Malaysia (USM) dalam seminar sehari yang wajib mereka hadiri bertajuk 'Seminar Bina Negara Mahasiswa'.
Seminar tersebut yang dihadiri lebih 2,000 pelajar, diadakandi Dewan Tuanku Syed Putra USM pada 26 Ogos lalu.
Menurut seorang pelajar, para penceramah telah cuba memburuk-burukkan kumpulan pelajar anti-establishment, dengan mengaitkan mereka dengan unsur-unsur anti-Islam.
"Penceramah bermula dengan menyentuh mengenai pertubuhan National Endowment for Democracy (NED), yang menurut mereka ditaja oleh Amerika Syarikat dan unsur-unsur Yahudi. Pertubuhan ini, sebaliknya, ditaja oleh Pertubuhan Pelajar Asia (ASA).
"Kemudian emreka mendakwa Gerakan Demokratik Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema) adalah anggota ASA manakala persatuan bahasa Cina USM (USMPBT) dan barisan progresif pelajar USM (USMSPF) adalah cawangan Dema," katanya.
Berunsur perkauman
Katanya, mesej yang disampaikan ialah kumpulan-kumpulan pelajar yang didominasi oleh pelajar kaum Cina dikaitkan dengan unsur-unsur asing yang mahu melihat berlakunya demonstrasi dan kekacauan di negara ini.
Para penceramahnya juga menunjukkan gambar-gambar pelajar Cina Malaysia terbabit dalam demonstrasi bersama wajah ketua-ketua mereka dibulatkan dengan warna merah.
Antara mereka ialah bekas Presiden USMPBT, Soh Sook Hwa, Setiausaha Dema Lee Huat Seng dan beberapa pemimpin USMPBT dan USMSPF sekarang.
"Sesetengah penceramah menggunakan perkataan-perkataan yang mengaibkan pemimpin pelajar berkenaan," kata pelajar tersebut yang enggan namanya disebut.
(Di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), para pelajar tidak dibenarkan bercakap kepada media tanpa kebenaran bertulis daripada naib canselor universiti).
Dua orang lagi pelajar Cina Malaysia yang turut menghadiri seminar tersebut berkata mereka merasa tidak selesa kerana seminar tersebut berunsur perkauman.
Mereka mendakwa, para penceramah memberi gambaran bahawa pelajar Cina Malaysialah yang harus dipersalahkan.
Menurut pelajar itu lagi, penceramah turut mendedahkan 'versi rasmi' pergaduhan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bulan lalu, UPM menjadi perhatian selepas satu rakaman vidow diedarkan yang menunjukkan kira-kira 50 pelajar dari kumpulan 'pro-establishment' yang disokong oleh pihak berkuasa kampus menolak-nolak pelajar dari kumpulan saingan mereka, Barisan Progresif Pelajar USM ((UPMSPF). (Lihat video 1 dan Video 2 mengenai kejadian tersebut).
Bagaimanapun, para penceramah di seminar tersebut meletakkan kesalahan terhadap pelajar dari kumpulan 'anti-establishmen;.
"Mereka kata, pelajar (pro-establishment) bukan menjerit tetapi hanya menyanyikan lagi-lagu kolej. Mereka tidak memainkan klip video itu, mereka hanya menunjukkan bahagian yang menyalahkanUPMSPF dan mendakwa anggota UPMSPF yang menolak pelajar (pro-establishment)," kata seorang pelajar berkenaan.
Para pelajar yang menghadiri seminar itu juga diingatkan supaya jangan jangan mengambil gambar atau membuat sebarang rakaman.
Proses 'brainwashing'
Seminar itu dikendalikan oleh Biro Tatanegara (BTN). Biro tersebut serta nama-nama pegawainya dinyatakan dalam sebuah buku kecil yang diedarkan kepada pelajar yang menghadiri seminar itu.
Semakan di lamanweb BTN mengesahkan bahawa seminar itu dikendalikan oleh agensi kerajaan itu untuk membolehkan mereka mempelajari mengenai nilai, pengalaman dan budaya kepimpinan yang dinamik.
Penceramah di seminar itu termasuklah Timbalan Naib Canselor USM (Bahagian Hahehwal Pelajar), Datuk Dr Jamaludin Mohaiadin dan para pegawai BTN.
Bekas pelajar yang telah dipecat kerana aktiviti mereka,turut hadir untuk berkongsi pengalaman mereka dan memberi nasihat kepada para pelajar supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
Jun lalu, BTN dan Menteri Pengajian Tinggi telah menerbitkan buku kecil 'propaganda' yang diedarkan kepada semua pelajar baru.
Antara lain, buku kecil melabelkan kumpulan pelajar yang anti-estalishment sebagai 'pro-pembangkang'.
Sesetengah pihak menyifatkan seminar dan buku kecil itu sebagai sebahagian daripada proses ''brainwashing' yang bertujuan untuk menjamin undi bagi kumpulan 'pro-establishment' semasa pemilihan kampus yang dijadual diadakan Khamis ini.
Politik kampus universiti di Malaysia membabit dua kumpulan anti-establishment dan pro-establishment. Kumpulan pro-establishment dipercayai disokong oleh pihak berkuasa universiti dan kerajaan.
Manakala kumpulan anti-establishment pula dilihat lebih condong kepada pembangkang. Berita asal
Inilah yang telah diberitahu kepada para pelajar tahun pertama Universiti Sains Malaysia (USM) dalam seminar sehari yang wajib mereka hadiri bertajuk 'Seminar Bina Negara Mahasiswa'. Seminar tersebut yang dihadiri lebih 2,000 pelajar, diadakandi Dewan Tuanku Syed Putra USM pada 26 Ogos lalu.
Menurut seorang pelajar, para penceramah telah cuba memburuk-burukkan kumpulan pelajar anti-establishment, dengan mengaitkan mereka dengan unsur-unsur anti-Islam.
"Penceramah bermula dengan menyentuh mengenai pertubuhan National Endowment for Democracy (NED), yang menurut mereka ditaja oleh Amerika Syarikat dan unsur-unsur Yahudi. Pertubuhan ini, sebaliknya, ditaja oleh Pertubuhan Pelajar Asia (ASA).
"Kemudian emreka mendakwa Gerakan Demokratik Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema) adalah anggota ASA manakala persatuan bahasa Cina USM (USMPBT) dan barisan progresif pelajar USM (USMSPF) adalah cawangan Dema," katanya.
Berunsur perkauman
Katanya, mesej yang disampaikan ialah kumpulan-kumpulan pelajar yang didominasi oleh pelajar kaum Cina dikaitkan dengan unsur-unsur asing yang mahu melihat berlakunya demonstrasi dan kekacauan di negara ini. Para penceramahnya juga menunjukkan gambar-gambar pelajar Cina Malaysia terbabit dalam demonstrasi bersama wajah ketua-ketua mereka dibulatkan dengan warna merah.
Antara mereka ialah bekas Presiden USMPBT, Soh Sook Hwa, Setiausaha Dema Lee Huat Seng dan beberapa pemimpin USMPBT dan USMSPF sekarang.
"Sesetengah penceramah menggunakan perkataan-perkataan yang mengaibkan pemimpin pelajar berkenaan," kata pelajar tersebut yang enggan namanya disebut.
(Di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), para pelajar tidak dibenarkan bercakap kepada media tanpa kebenaran bertulis daripada naib canselor universiti).
Dua orang lagi pelajar Cina Malaysia yang turut menghadiri seminar tersebut berkata mereka merasa tidak selesa kerana seminar tersebut berunsur perkauman.
Mereka mendakwa, para penceramah memberi gambaran bahawa pelajar Cina Malaysialah yang harus dipersalahkan.
Menurut pelajar itu lagi, penceramah turut mendedahkan 'versi rasmi' pergaduhan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bulan lalu, UPM menjadi perhatian selepas satu rakaman vidow diedarkan yang menunjukkan kira-kira 50 pelajar dari kumpulan 'pro-establishment' yang disokong oleh pihak berkuasa kampus menolak-nolak pelajar dari kumpulan saingan mereka, Barisan Progresif Pelajar USM ((UPMSPF). (Lihat video 1 dan Video 2 mengenai kejadian tersebut).
Bagaimanapun, para penceramah di seminar tersebut meletakkan kesalahan terhadap pelajar dari kumpulan 'anti-establishmen;.
"Mereka kata, pelajar (pro-establishment) bukan menjerit tetapi hanya menyanyikan lagi-lagu kolej. Mereka tidak memainkan klip video itu, mereka hanya menunjukkan bahagian yang menyalahkanUPMSPF dan mendakwa anggota UPMSPF yang menolak pelajar (pro-establishment)," kata seorang pelajar berkenaan.
Para pelajar yang menghadiri seminar itu juga diingatkan supaya jangan jangan mengambil gambar atau membuat sebarang rakaman.
Proses 'brainwashing'
Seminar itu dikendalikan oleh Biro Tatanegara (BTN). Biro tersebut serta nama-nama pegawainya dinyatakan dalam sebuah buku kecil yang diedarkan kepada pelajar yang menghadiri seminar itu. Semakan di lamanweb BTN mengesahkan bahawa seminar itu dikendalikan oleh agensi kerajaan itu untuk membolehkan mereka mempelajari mengenai nilai, pengalaman dan budaya kepimpinan yang dinamik.

View Comments0