Tan Sri B.C. Sekhar, yang dilahirkan semasa kejatuhan harga getah dan menjadi saintis penyelidikan getah terunggul dunia, meninggal dunia semalam ketika harga getah asli mencecah paras tertinggi dalam masa 20 tahun.

Sekhar, 76, ialah "Mr Rubber" sehingga akhir hayat. Mendiang berada di India sejak sebulan lalu bersama keluarga untuk bercuti sambil menjalankan kerja penyelidikan, sesuatu yang diminati semasa hayatnya di Mumbai.

Menurut laporan Bernama beliau dijangka menaiki kapal terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur malam tadi dari Chennai di mana Sekhar meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 5 pagi.

Sekhar, menjadi Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pada 1966 dan mengetuainya selama 21 tahun sehingga beliau bersara, mendiang banyak menyumbang dengan mewujudkan suasana penyelidikan yang paling baik untuk getah asli.

Sepanjang kariernya, RRIM memfailkan 21 paten dan yang menjadi salah satu kebanggaan mendiang -- projek penyelidikan pertama beliau -- viskositi kestabilan getah, penawar untuk mengeraskan getah asli yang tidak dikehendaki semasa simpanan.

Mendiang menjadikan RRIM sebagai satu pertubuhan penyelidikan terbesar dunia yang membuat pengkhususan dalam tanaman tunggal, yang buat beberapa dekad merupakan eksport tanaman yang paling penting dan pendapatan tertinggi dalam pertukaran asing, sebelum diambil alih oleh kelapa sawit.

Sekhar bukan sahaja sebagai penyelidik makmal kerana mendiang mengambil perhatian berat terhadap kebajikan pekebun kecil, yang penjadi bahagian penting dalam pengeluaran tetapi bersungguh-sungguh mengeluarkan hasil, kualiti serta pulangan yang tidak memuaskan.

Pekebun kecil

Mendiang memulakan satu program untuk 8,000 pekebun kecil dengan menyediakan baja dan stimulan etilen yang boleh dibeli secara hutang untuk membantu meningkatkan hasil.

Stimulan itu boleh melambatkan mekanisme susu getah beku yang mengalir pada pokok.

Sekhar juga mengilhamkan kilang pemprosesan pusat kecil untuk pekebun kecil dan kerja itu dilakukan oleh mendiang dan rakannya untuk kumpulan ini ialah penubuhan Perbadanan Pembangunan Getah Malaysia (Mardec) oleh beliau.

Mendiang ialah pengawal penyelidikan gerah di Lembaga Pembangunan Penyelidikan Getah Malaysia dan kemudian beliau menjadi pengerusinya.

Jawatan terakhir mendiang ialah Setiausaha Agung Kumpulan Kajian Getah antarabangsa, yang beribu pejabat di London dan beliau bersara pada 1993.

"Ya, saya berada di tempat yang betul dan pada masa yang tepat, dan ada peluang. Bukan saya lebih bijak, ia adalah peluang," kata beliau dalam temubual pada akhbar.

Menurut beliau, dalam abad ke-21, hanya terdapat sedikit ruang untuk pekebun kecil dan getah, seperti produk pertanian lain, akan memerlukan integrasi mengenai skala yang tersusun untuk menampung cabaran bebas pasaran.

Pengeluar utama

"Dan dengan itu, sudah tiba masanya untuk mengkaji semula getah sebagai satu bahan industri, satu bahan industri dengan senarai harga", kata beliau.

Beliau melihat, pengeluar tidak mempunyai peluang "harga yang dirundingkan tidak relevan kepada bekalan dan permintaan".

Sekhar, merupakan salah seorang perunding utama pada Perjanjian Getah Asli pertama, juga menyarankan bahawa pengeluar utama dan pembuat tayar, pengguna terbesar, menimbang kepentingan bersama tanpa mengunakan orang tengah.

Tiga pengeluar utama Thailand, Indonesia dan Malaysia menyumbang 80 peratus bekalan getah asli dan merupakan Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli yang digantung untuk beberapa tahun di mana Sekhar telah mencadangkan untuk diaktifkan semula.

"Indonesia, Thailand dan Malaysia boleh menjadi pendahulu. Saya pasti tidak susah untuk mengadakan perbincangan dengan pembuat tayar. Ini adalah kepentingan mereka bagi memastikan bekalan tidak terjejas dan harga yang adil untuk semua," kata beliau.

Setelah tidak begitu aktif dalam industri getah untuk beberapa tahun kerana industri itu telah kehilangan kecemerlangannya, sebelum harga getah melambung dalam beberapa bulan lepas, Sekhar dengan tiba-tiba muncul dalam akhbar hanya bulan lepas.

Beliau mengadakan persidangan akhbar untuk membantah dengan sekeras-kerasnya terhadap rancangan Kementerian Belia dan Sukan untuk menubuhkan akademi latihan sukan di Brickendonbury dekat London di atas sebidang tanah, di mana terletaknya Pusat Penyelidikan Getah Tun Abdul Razak (TARRC).

Sekhar berkata wang untuk membeli tanah itu pada 1971 bagi menubuhkan TARRC adalah hasil dana ses penyelidik pekebun kecil getah Malaysia.

Beliau berkata fakta perundangan dan sejarah menunjukkan bahawa TARRC bukan dimiliki kerajaan Malaysia dan tanah itu mungkin tidak digunakan untuk tujuan lain selain bagi fungsi pembangunan dan kajian getah asli dan bahan berkaitan.

"Saya tidak ada kepentingan untuk membawa isu ini. Saya menyatakan ini sebagai rakyat Malaysia yang prihatin yang percaya bahawa penyelidikan itu perlu untuk negara ini," kata beliau.

Dengan kematian beliau, penyelidikan getah sudah tentu tidak seperti dahulu lagi.