Pemuda MCA kecam protes terhadap Koh
Published: Sep 6, 2006 10:42 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Pemuda MCA mengecam tindakan mengadakan protes terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pulau Pinang semalam.

Merujuk kepada tindakan beberapa ahli Pemuda Umno di negeri itu yang menaikkan kain pemidang untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Koh, Pemuda MCA, dalam satu kenyataan berkata, pihak "kecewa dengan kekecohan" dan "sikap samseng" yang ditujukan terhadap Koh yang turut menghadiri majlis tersebut.
"Tindakan seumpama itu bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN) dan sepertimana yang dikatakan oleh Perdana Menteri, ianya adalah sangat biadap," kata Ketua Biro Ekonomi Pemuda MCA, Henry Wong.
"(Kita) tidak boleh membiarkan tindakan politik 'pengecut' ini. Apabila masyarakat Cina menghadapi kesukaran, kita menemui menteri besar untuk mencari penyelesaiannya. Kita tidak sewenang-wenangnya menuduh mereka meminggirkan kaum Cina. Kita akan membantu orang Melayu dan sesiapa sahaja yang perlukan bantuan," katanya.
Wong menggesa wakil-wakil Umno supaya bekerja keras untuk membantu masyarakat mereka maju dan meningkatkan kemahiran dan taraf hidup dengan mengambil peluang daripada pelbagai program pembangunan di peringkat negeri dan pusat.
"Tidak harus timbul soal orang Melayu ketinggalan dalam pembangunan di negeri ini sedang mereka mempunyai perwakilan yang kuat di Pulau Pinang melalui BN," tegasnya.
Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang oleh wakil Umno, di samping mewakili 14 kerusi negeri dan empat kerusi Parlimen. Koh adalah pemimpin kanan Gerakan yang merupakan parti komponen BN.
Pembangunan seimbang
Wong berkata, Pemuda MCA bersimpati dengan masyarakat Melayu yang hidup dalam kemiskinan di Pulau Pinang dan mencadangkan supaya dipertimbang dilaksanakan"pertumbuhan wilayah yang seimbang" bagi menangani masalah itu.
Beliau mengambil contoh Koridor Pembangunan Johor Selatan yang membabitkan kos RM15 bilion, Koridor pembangunan Pantai Timur oleh Petronas dan Koridor Pembangunan Utara oleh Sime Darby, sebagai contoh perancangan kerajaan untuk "menangani isu pembangunan wilayah yang tidak seimbang".
Wong berkata, MCA sendiri telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi untuk bekerjasama dengan pelbagai persatuan ke arah itu.
"Ia merupakan satu platform untuk digunakan sekiranya usahawan mahu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka setanding dengan masyarakat perniagaan Cina untuk mewujudkan satu perkongsian yang baik," katanya.
Sewaktu protes tersebut, beberapa ahli Pemuda Umno menaikkan pemidang yang antaranya tertulis perkataan "Koh Tsu Koon tidak ikhlas", "Kami diusir secara diam" dan "Kerajaan negeri harus bekukan polisi perumahan".
Ketua Umno bahagian Tanjung, Datuk Dr Hilmi Yahya telah memohon maaf dan menyuarakan rasa "terkejut dan malunya" dengan apa yang berlaku, sambil berkata beliau tahu menahu mengenai protes tersebut sehinggalah melihat kain pemidang berkenaan.
Perdana Menteri juga, dalam sidang akhbarnya semalam, melahirkan rasa kesal terhadap tindakan ahli Pemuda Umno itu. Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak akan membantu, malah akan mengeruhkan lagi keadaan, kerana isu-isu seperti itu sepatutnya dibincangkan menerusi saluran yang betul.
Beliau meminta semua pihak berhenti daripada membuat kenyataan menerusi media kerana ia tidak akan membantu menyelesaikan sebarang masalah.
Pemuda Umno Pulau Pinang baru-baru ini menggesa uapay jawatan ketua menteri digilirkan antara parti-parti komponen BN dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu, tetapi ianya ditolak oleh Perdana Menteri. Berita asal
Merujuk kepada tindakan beberapa ahli Pemuda Umno di negeri itu yang menaikkan kain pemidang untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Koh, Pemuda MCA, dalam satu kenyataan berkata, pihak "kecewa dengan kekecohan" dan "sikap samseng" yang ditujukan terhadap Koh yang turut menghadiri majlis tersebut.
"Tindakan seumpama itu bercanggah dengan semangat Barisan Nasional (BN) dan sepertimana yang dikatakan oleh Perdana Menteri, ianya adalah sangat biadap," kata Ketua Biro Ekonomi Pemuda MCA, Henry Wong. "(Kita) tidak boleh membiarkan tindakan politik 'pengecut' ini. Apabila masyarakat Cina menghadapi kesukaran, kita menemui menteri besar untuk mencari penyelesaiannya. Kita tidak sewenang-wenangnya menuduh mereka meminggirkan kaum Cina. Kita akan membantu orang Melayu dan sesiapa sahaja yang perlukan bantuan," katanya.
Wong menggesa wakil-wakil Umno supaya bekerja keras untuk membantu masyarakat mereka maju dan meningkatkan kemahiran dan taraf hidup dengan mengambil peluang daripada pelbagai program pembangunan di peringkat negeri dan pusat.
"Tidak harus timbul soal orang Melayu ketinggalan dalam pembangunan di negeri ini sedang mereka mempunyai perwakilan yang kuat di Pulau Pinang melalui BN," tegasnya.
Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang oleh wakil Umno, di samping mewakili 14 kerusi negeri dan empat kerusi Parlimen. Koh adalah pemimpin kanan Gerakan yang merupakan parti komponen BN.
Pembangunan seimbang
Wong berkata, Pemuda MCA bersimpati dengan masyarakat Melayu yang hidup dalam kemiskinan di Pulau Pinang dan mencadangkan supaya dipertimbang dilaksanakan"pertumbuhan wilayah yang seimbang" bagi menangani masalah itu.
Beliau mengambil contoh Koridor Pembangunan Johor Selatan yang membabitkan kos RM15 bilion, Koridor pembangunan Pantai Timur oleh Petronas dan Koridor Pembangunan Utara oleh Sime Darby, sebagai contoh perancangan kerajaan untuk "menangani isu pembangunan wilayah yang tidak seimbang".
Wong berkata, MCA sendiri telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi untuk bekerjasama dengan pelbagai persatuan ke arah itu.
"Ia merupakan satu platform untuk digunakan sekiranya usahawan mahu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka setanding dengan masyarakat perniagaan Cina untuk mewujudkan satu perkongsian yang baik," katanya. Sewaktu protes tersebut, beberapa ahli Pemuda Umno menaikkan pemidang yang antaranya tertulis perkataan "Koh Tsu Koon tidak ikhlas", "Kami diusir secara diam" dan "Kerajaan negeri harus bekukan polisi perumahan".

View Comments0