KKM kini lapor lokasi spesifik kluster baru
Diterbitkan: Jan 13, 2021 8:45 AM
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengubah kaedah pelaporan harian Covid-19 bagi kluster baru dengan mengumumkan lokasi secara spesifik.
Perubahan tersebut bermula pada Isnin.
Sebelum ini, KKM hanya melaporkan daerah yang dikesan mempunyai kluster baru.
Butiran lain termasuk bagaimana kes indeks itu dikesan atau sama ada ia melibatkan ujian di lokasi, tempat kerja atau komuniti tertentu.
Sebelum ini hanya Jabatan Kesihatan Selangor secara konsisten menerbitkan maklumat terperinci mengenai lokasi kes baru.
Laporan itu diterbitkan di laman Facebook jabatan itu sejurus selepas Kementerian Kesihatan mengumumkan laporan hariannya.

