Darurat: Perutusan khas PM 11 pagi
Diterbitkan: Jan 12, 2021 2:02 AM | Dikemas kini: Jan 12, 2021 4:52 AM
Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pelaksanaan perintah darurat bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada jam 11 pagi ini melalui televisyen.
Menurut makluman, Muhyiddin akan mengumumkan pelaksanaan perintah darurat bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

