Khairy, anda buat, anda selesaikannya!
Beh Lih YiPublished: Aug 23, 2006 8:32 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Naib Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mestilah ikhlas dalam menyelesaikan kontroversi yang ditimbulkannya dan tidak lagi mengulangi kenyataannya mengenai masyarakat Cina Malaysia, kata Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai hari ini.

Sambil memetik pepatah Cina yang berbunyi "orang yang mencetuskan masalah itu sendiri yang perlu menyelesaikannya", Liow berkata Khairy perlu menunjukkan 'keikhlasannya' dalam menyelesai kontroversi tersebut.
"Beliau tidak harus mengulangi kenyataan yang sama. Jika beliau berkata beliau telah disalahertikan, beritahu kami mengapa kenyataan beliau telah disalahertikan," kata Liow selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Pemuda MCA selama dua jam di bangunan Parlimen hari ini.
Mengenai penjelasan Khairy yang dilaporkan sebagai berkata beliau tidak berniat untuk meneyentuh perasaan masyarakat Cina Malaysia, Liow berkata: "Saya gembira beliau berkata demikian".
Tetapi Ketua Pemuda MCA itu seperti mengelak menjawab soalan sama ada parti itu menerima penjelasan Khairy itu, tetapi berkata perkara itu perlu diselesaikan di peringkat 'kepimpinan tertinggi' Pemuda Barisan Nasional.
"Mesyuarat hari ini memberi saya mandat penuh untuk membawa isu ini kepada Datuk Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Pemuda BN dan menyelesaikannya di peringkat tertinggi," tegasnya.
Sementara itu Liow menafikan wujud perbezaan pendapat antaranya dan timbalannya Datuk Ling Hee Leong, yang telah diminta menjelaskan kepada mesyuarat hari ini mengenai perjumpaannya dengan Khairy dua hari lalu tanpa restu pihak parti.
Ekoran pertemuan itu, Ling telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang memperjelaskan bahawa Khairy tidak berniat untuk menyentuh perasaan masyarakat Cina Malaysia dan kedua-dua telah bersetuju untuk "melihat kehadapan demi kebaikan masa depan negara".
Pertemuan peribadi
Bagaimanapun, semalam Setiausaha Agung Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong menafikan bahawa persetujuan telah dicapai berhubung perkara tesebut dan menyifatkan perjumpaan Ling-Khairy sebagai satu pertemuan peribadi.
Ditanya mengenai penjelasan Ling mengenai pertemuannya dengan Khairy tanpa restu pihak parti, Liow berkata: "Beliau adalah Timbalan Ketua Pemuda, jadi dia berhak menemui sesiapa sahaja, tetapi Pemuda MCA akan menyelesaikan isu tersebut secara bersama'.
Ling tidak bercakap kepada pemberita hari ini.
Khairy (foto), yang juga menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menguris perasaan pemimpin BN apabila dia memberitahu satu mesyuarat Pemuda Umno Jumaat lalu bahawa masyarakat Cina Malaysia akan mengambil kesempatan daripada perpecahan dalam parti itu untuk membuat tuntutan bagi memenuhi kepentingan mereka.
Beliau merujuk kepada tuntutan Suqiu pada 1999 serta memorandum yang dikemukakan oleh pemimpin MCA kepada Perdana Menteri awal tahun ini berhubung kepentingan masyarakat Cina.
Kenyataan Khairy itu telah mencetuskan bantahan keras daripada pemimpin MCA dan Gerakan dan kelmarin Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Hussein berkata, terpulang kepada Khairy untuk meyakinkan pemimpin BN bahawa kenyataannya itu telah disalahfaham seperti yang didakwanya.
Sambil memetik pepatah Cina yang berbunyi "orang yang mencetuskan masalah itu sendiri yang perlu menyelesaikannya", Liow berkata Khairy perlu menunjukkan 'keikhlasannya' dalam menyelesai kontroversi tersebut.
"Beliau tidak harus mengulangi kenyataan yang sama. Jika beliau berkata beliau telah disalahertikan, beritahu kami mengapa kenyataan beliau telah disalahertikan," kata Liow selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Pemuda MCA selama dua jam di bangunan Parlimen hari ini. Mengenai penjelasan Khairy yang dilaporkan sebagai berkata beliau tidak berniat untuk meneyentuh perasaan masyarakat Cina Malaysia, Liow berkata: "Saya gembira beliau berkata demikian".
Tetapi Ketua Pemuda MCA itu seperti mengelak menjawab soalan sama ada parti itu menerima penjelasan Khairy itu, tetapi berkata perkara itu perlu diselesaikan di peringkat 'kepimpinan tertinggi' Pemuda Barisan Nasional.
"Mesyuarat hari ini memberi saya mandat penuh untuk membawa isu ini kepada Datuk Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Pemuda BN dan menyelesaikannya di peringkat tertinggi," tegasnya.
Sementara itu Liow menafikan wujud perbezaan pendapat antaranya dan timbalannya Datuk Ling Hee Leong, yang telah diminta menjelaskan kepada mesyuarat hari ini mengenai perjumpaannya dengan Khairy dua hari lalu tanpa restu pihak parti.
Ekoran pertemuan itu, Ling telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang memperjelaskan bahawa Khairy tidak berniat untuk menyentuh perasaan masyarakat Cina Malaysia dan kedua-dua telah bersetuju untuk "melihat kehadapan demi kebaikan masa depan negara".
Pertemuan peribadi
Bagaimanapun, semalam Setiausaha Agung Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong menafikan bahawa persetujuan telah dicapai berhubung perkara tesebut dan menyifatkan perjumpaan Ling-Khairy sebagai satu pertemuan peribadi.
Ditanya mengenai penjelasan Ling mengenai pertemuannya dengan Khairy tanpa restu pihak parti, Liow berkata: "Beliau adalah Timbalan Ketua Pemuda, jadi dia berhak menemui sesiapa sahaja, tetapi Pemuda MCA akan menyelesaikan isu tersebut secara bersama'. Ling tidak bercakap kepada pemberita hari ini.

View Comments0