Gerakan mahu pinda perlembagaan parti
Wong Yeen FernPublished: Aug 8, 2006 11:12 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Gerakan akan mencadangkan tiga pindaan terhadap perlembagaan parti itu di persidangan perwakilan peringkat kebangsaan dari 1 hingga 2 September depan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Chia Kwang Chye.
Gerakan akan mencadangkan tiga pindaan terhadap perlembagaan parti itu di persidangan perwakilan peringkat kebangsaan dari 1 hingga 2 September depan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Chia Kwang Chye.
Katanya, cadangan pindaan itu bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dalam prosidur membabitkan pemilihan parti dan mesyuarat agung tahunan.
Salah satu pindaan itu mencadangkan supaya naib pengerusi cawangan dibenarkan menjadi pemangku pengerusi tanpa perlu diadakan pemilihan baru.
"Naib pengerusi mesti berkhidmat dalam parti selama sekurang-kurangnya 18 bulan untuk melayakkannya menjadi pemangku pengerusi tanpa sebarang pertandingan," katanya kepada pemberita di ibupejabat Gerakan di Kuala Lumpur hari ini.
Di bawah peruntukan dalam perlembagaan sekarang, pemilihan mesti diadakan untuk mengisi jawatan pengerusi apabila berlaku kekosongan.
Ahli jawatankuasa pusat
Pindaan kedua pula bertujuan untuk menyelaraskan pemilihan peringkat negeri dan kebangsaan, termasuk di peringkat cawangan dan bahagian.
"Pada masa ini, pemilihan cawangan dan bahagian diadakan dua tahun sekali, manakala pemilihan peringkat negeri dan kebangsaan pula diadakan tiga tahun sekali. Kami akan menyelaraskan semua ini kepada tiga tahun sekali mulai pemilihan 2011," jelasnya.
Manakala pindaan ketiga pula mengenai kedudukan pengerusi Gerakan negeri yang tidak lagi secara automatik menjadi ahli jawatankuasa pusat, tetapi perlu bertanding bagi jawatan tersebut.
"Kita membuat pindaan ini berdasarkan kepada maklumbalas daripada akar umbi. Ahli-ahli berkata adalah lebih baik untuk memilih pengerusi negeri dan ahli jawatankuasa pusat secara berasingan (bagi membolehkan interaksi lebih luas antara pemimpin parti)," katanya. Berita asal
Katanya, cadangan pindaan itu bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dalam prosidur membabitkan pemilihan parti dan mesyuarat agung tahunan.
Salah satu pindaan itu mencadangkan supaya naib pengerusi cawangan dibenarkan menjadi pemangku pengerusi tanpa perlu diadakan pemilihan baru. "Naib pengerusi mesti berkhidmat dalam parti selama sekurang-kurangnya 18 bulan untuk melayakkannya menjadi pemangku pengerusi tanpa sebarang pertandingan," katanya kepada pemberita di ibupejabat Gerakan di Kuala Lumpur hari ini.
Di bawah peruntukan dalam perlembagaan sekarang, pemilihan mesti diadakan untuk mengisi jawatan pengerusi apabila berlaku kekosongan.
Ahli jawatankuasa pusat
Pindaan kedua pula bertujuan untuk menyelaraskan pemilihan peringkat negeri dan kebangsaan, termasuk di peringkat cawangan dan bahagian.
"Pada masa ini, pemilihan cawangan dan bahagian diadakan dua tahun sekali, manakala pemilihan peringkat negeri dan kebangsaan pula diadakan tiga tahun sekali. Kami akan menyelaraskan semua ini kepada tiga tahun sekali mulai pemilihan 2011," jelasnya. Manakala pindaan ketiga pula mengenai kedudukan pengerusi Gerakan negeri yang tidak lagi secara automatik menjadi ahli jawatankuasa pusat, tetapi perlu bertanding bagi jawatan tersebut.

View Comments0